Guna 5 ‘Trick’ Ini Untuk Carian Di Google Lebih Mudah Dan Pantas
Pada zaman sekarang ni yang hampir semuanya boleh diakses di hujung jari, pasti semua orang sudah sinonim dengan penggunaan Google. Google dikenal luas kerana kemudahan pencarian webnya yang dapat membantu pengguna mencari pelbagai maklumat.
Pernah terfikir tak ada tanda-tanda rahsia untuk carian di Google lebih mudah dan pantas? Mungkin ramai lagi yang tahu ‘trick’ ini yang pasti mengejutkan anda! Dengan trick yang dikongsikan ini, lepasni anda tidak perlu lagi berlengah-lengahkan masa untuk buat carian sesuatu di Google. Perkongsian ini akan memberi manfaat terutama kepada pelajar yang sentiasa memerlukan maklumat daripada Google.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 5 trick carian di Google yang anda boleh guna untuk carian yang mudah dan pantas.
Isi Kandungan
5 TRICK CARIAN GOOGLE LEBIH MUDAH
1. Tanda (-)
Gunakan tanda (-) untuk mengecualikan ayat yang anda cari. Contohnya artikel – wordpress. Hasil carian akan keluarkan carian berkaitan artikel yang menggunakan wordpress sesuai seperti yang anda cari.
2. Tanpa (” “)
Gunakan tanda (” “) jika anda ingin mencari ayat yang membawa maksud yang sama tanpa mengubah susunan ayat. Contohnya “eksekutif komputer”. Hasil carian yang keluar adalah pelbagai maklumat berkaitan eksekutif komputer seperti produk-produk eksekutif komputer, sistem dan lain-lain yang berkaitan.
3. Tanda (~)
Tanda ini digunakan untuk mencari perkataan yang sinonim atau yang berkaitan dengan perkataan yang dicari. Contohnya ~solusi. Hasil carian yang keluar adalah perkara yang berkaitan dengan perkataan solusi. Gantikan dengan perkataan yang anda mahu cari.
4. Tanda (xx..xx)
Tanda (xx..xx) digunakan bagi pencarian dalam jarak tempoh masa tertentu. Tambahkan dua titik di antara tempoh yang anda mahu cari. Contohnya laptop gaming 2019..2020. Hasil carian yang keluar adalah berkaitan laptop gaming yang di siarkan dalam tempoh 2019 hingga 2020.
5. Filetype:
Guna perkataan Filetype: untuk mencari jenis fail yang sesuai dengan yang anda cari. Jenis fail yang anda boleh guna adalah word, pdf, excel dan lain-lain. Contohnya Filetype: pdf katalog laptop. Hasil carian yang akan keluar adalah berkaitan katalog laptop dalam bentuk fail pdf.
Bila dah tahu trick-trcik yang dikongsikan ini, jangan bazirkan pengetahuan dan masa anda! Gunakan sebaiknya untuk mencari maklumat melalui Google.
Semoga bermanfaat!