Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris (IEP) KPM Ambilan April Buat Lepasan SPM/ STPM/ STAM
Kolej Profesional MARA (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) yang bertempoh selama 2 bulan (8 Minggu).
Calon-calon yang layak dan berminat akan menjalani program yang bertempat di KPM Bandar Penawar, Johor, Beranang, Selangor, Indera Mahkota, Pahang, Seri Iskandar, Perak atau Beaufort, Sabah. Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeri (IEP) KPM kini dibuka secara dalam talian bagi pengambilan April 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Program: Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP)
- Tempoh: 2 Bulan (8 Minggu)
- Kemasukan: Sesi 1/2023 Pengambilan April
- Tempoh permohonan: Sehingga 19 Mac 2023
Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat persediaan iaitu Program intensif Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh pihak MARA seperti berikut:
- KPM Bandar Melaka
- KPM Indera Mahkota
- KPM Beranang
- KPM Seri Iskandar
- KPM Bandar Penawar
- KPM Beaufort Sabah
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum permohonan yang perlu dipenuhi:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
Syarat khusus:
- Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional (SPMV) - Kemasukan melalui SPM:
i) Bumiputera
ii) Warganegara Malaysia
iii) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam SPM termasuk subjek Bahasa Melayu DAN dua subjek lain SERTA lulus Bahasa Inggeris dengan gred D & Lulus Matematik dengan minimum gred E
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sehingga 19 Mac 2023 di portal UPIM melalui pautan berikut:
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
TARIKH SEMAKAN & RAYUAN
Calon diminta untuk ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting semakan berikut:
- Tarikh semakan keputusan & rayuan: AKAN DIKEMASKINI
- Keputusan rayuan: AKAN DIKEMASKINI
- Pendaftaran: AKAN DIKEMASKINI
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian seperti berikut:
- Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur - Tel: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
- Emel: upim.bpt@mara.gov.my