Permohonan Kemasukan Pengajian Peringkat Diploma Di Kolej Profesional MARA Ambilan November Kini Dibuka

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM).

Program Diploma KPM Sesi 3/2020 Ambilan November merupakan program kepada pelajar bumiputera untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Rangkaian Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan & Perbankan Islam, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program ini terdiri daripada sembilan kluster program seperti berikut:

  • Diploma in Accounting;
  • Diploma in Business Information Technology;
  • Diploma in Business Studies;
  • Diploma in Computer Networking;
  • Diploma in Creative Digital Media Production;
  • Diploma in Entrepreneurship;
  • Diploma in Integrated Logistics Management;
  • Diploma in International Business;
  • Diploma in Islamic Banking & Finance;
  • Diploma in Landscape & Horticulture;
  • Diploma in Marketing;

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah Warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung;
  • Umur mencapai 18 tahun DAN tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan;
  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
  • Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Syarat Khusus

Anda boleh semak syarat khusus mengikut program pengajian di pautan berikut:

MEKANISMA PENGAJIAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian di bawah program Diploma KPM dan bersetuju dengan syarat pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA adalah tertakluk kepada terma perjanjian seperti berikut:

  • Program pengajian menggunakan medium Bahasa Inggeris dilaksanakan secara sepenuh masa.
  • Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
  • Kemudahan Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian merupakan skim geran dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar menamatkan pengajian.
  • Kemudahan penginapan asrama bagi Pelajar Baharu Semester 1 adalah diwajibkan manakala bagi Pelajar Kanan Semester 2 dan ke atas bergantung kepada penempatan sedia ada.
  • Pelajar yang Berhenti atau Ditamatkan Pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian.

CARA MEMOHON

Permohonan kini dibuka secara atas talian sehingga 30 SEPTEMBER 2020 di laman sesawang Unit Pusat Institusi MATA (UPIM) di pautan berikut:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Diploma KPM Sesi 3/2020 Ambilan November sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 7 Oktober hingga 21 Oktober 2020.

MAKLUMAT LANJUT

Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian:

  • 03-26134074 / 03-26134075 / 03- 26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
  • e-mel: upim.bpt@mara.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma