Pengambilan Pegawai Kadet Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Bagi Lepasan Ijazah
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademik Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris (KDSI I) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT-SYARAT PELANTIKAN
Semak syarat-syarat pelantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 27 tahun pada 30 April 2022
- Syarat Lelaki:
– Tinggi Minimum 1.62 m
– Berat Minimum 47.5 kg
– Beza Ukuran Dada Pernafasan 5cm
– BMI 18.0 hingga 26.9 - Syarat Perempuan
– Tinggi Minimum 1.57 m
– Berat Minimum 45.0 kg
– Beza Ukuran Dada Pernafasan 4cm
– BMI 18.0 hingga 26.9 - Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian oleh Pegawai Perubatan ATM
- Calon mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata atau kanta lekap
KELAYAKAN AKADEMIK
- Kelulusan Asas
Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik - Kelulusan Pengajian Tinggi
Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan memperoleh keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas - Bidang/Jurusan Diperlukan
Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang/jurusan dari Universiti Awam dan IPT dalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM.
PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH
- Pelantikan
Calon-calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani Latihan Ketenteraan di pusat latihan setiap Perkhidmatan - Pentaulihan
Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang lulus dalam Latihan Ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah diperkenankan oleh SPB Yang Dipertuan Agong. - Gaji, elaun dan kemudahan sebagai Pegawai Kadet adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan ATM yang sedang berkuatkuasa.PERMOHONAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023. Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat melalui pautan pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021 berikut:
Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan Perkhidmatan dari semasa ke semasa. Calon-calon yang berjaya dan gagal akan dihubungi melalui email.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 011 6550 4585.