Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit HIJRAH Selangor Sehingga RM50,000

Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Mikro Kredit HIJRAH Selangor yang ditawarkan.

Isi Kandungan

SKIM PINJAMAN DITAWARKAN

Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit HIJRAH Selangor Sehingga RM50,000

Program HIJRAH SELANGOR menawarkan 2 skim kepada usahawan HIJRAH SELANGOR sebagai fasa permulaan:

  • Skim 1: RM1,000 hingga RM5,000
  • Skim 2: RM6,000 hingga RM10,000

Rekod bayaran balik pinjaman semasa merupakan asas utama pengukuran kedudukan seseorang peminjam. Bagi usahawan-usahawan yang telah menunjukkan ’Disiplin Kredit’ yang memuaskan pada fasa permulaan, mereka akan ditawarkan skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang. Skim HIJRAH SELANGOR jangka panjang menawarkan pinjaman seperti berikut:

  • Skim 3 (RM15,000 dan RM20,000)
  • Skim 4 (RM30,000 hingga RM50,000)

SIMPANAN DAN PELABURAN

Berteraskan Pinjaman Asas Simpanan, setiap Usahawan HIJRAH SELANGOR yang membuat pinjaman diwajibkan menabung setiap minggu ke dalam skim ini.

Wang Simpanan mingguan ini, akan disimpan dalam Akaun Al-Mudharabah. Akaun ini merupakan satu konsep pelaburan am di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Simpanan ini kemudiannya akan dilaburkan ke dalam Koperasi Hijrah.

Bayaran simpanan adalah sebanyak 0.25% seminggu. (Jumlah kadar ini telah dimasukkan ke dalam jumlah kutipan mingguan)Jumlah simpanan bersama keuntungan pelaburan boleh dikeluarkan setelah berhenti menjadi Usahawan HIJRAH SELANGOR.

SYARAT KELAYAKAN

Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR:

  • Warganegara Malaysia
  • Rakyat Selangor
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18-59 tahun bagi permohonan baru dan permohonan pembiayaan ulangan.
  • Sihat tubuh badan dan waras
  • Mempunyai premis yang khusus
  • Mempunyai SSM, Lesen PBT, Kad nelayan dan geran tanah yang sah
  • Tidak mempunyai rekod yang tidak baik atau disenarai hitamkan daripada mana-mana agensi kewangan
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Perniagaan mestilah sudah melebihi 6 bulan operasi
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu isi rumah
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Bersetuju mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Hijrah Selangor
  • Meminjam mengikut keperluan dan kemampuan bayar balik pemohon

PERNIAGAAN YANG LAYAK

HIJRAH SELANGOR adalah untuk penjaja dan peniaga kecil sahaja. Jenis-jenis perniagaan berikut dikenalpasti sebagai layak untuk menyertai program ini:

  • Penternakan
  • Produk kecantikan
  • Perkhidmatan
  • Pengangkutan
  • Jualan Runcit
  • Pertanian
  • Perniagaan Online

PROSES PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit, anda boleh terus ke alamat berikut:

  • Ibu Pejabat Hijrah Selangor
    Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • Tel: + 603 5519 1692
  • Email: admin@hijrahselangor.com

Baca juga: Mohon Program Pengembangan Usahawan Skim Zero To Hero. Dapatkan Suntikan Modal Perniagaan

Permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit HIJRAH Selangor Sehingga RM50,000

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma