Temuduga Terbuka: Peluang Kerjaya Bersama Kementerian Pertahanan Malaysia Buat Lepasan SPM
Jabatan Perkhidmatan Awam kini sedang mencari lepasan SPM yang berminat untuk menyertai Kementerian Pertahanan Malaysia dalam bidang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 secara Kontrak.
Individu yang melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh hadir ketemuduga terbuka yang dijadualkan mengikut negeri seperti perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Kementerian Pertahanan Malaysia
- Jawatan: Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 (Kontrak)
- Kekosongan: 114 kekosongan, simpanan 324
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah:
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun bagi tahun semasa
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat peperiksaan tersebut)
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta SIjil Kemahiran Malaysia tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan setaraf dengannya.
- Calon lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
CIRI-CIRI YANG DICARI
Kementerian Pertahanan sedang mencari calon yang mempunyai ciri-ciri berikut untuk mohon jawatan yang ditawarkan:
- Kemahiran Memasak
- Semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan
- Keterampilan yang menarik
- Mempunyai bakat dalam penyediaan makanan
PUSAT TEMUDUGA
Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh hadir ke temuduga di lokasi terdekat pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Calon diminta hadir ke temuduga dengan berpakaian formal dan kemas. Bawa dokumen yang lengkap bersama borang permohonan.
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan semasa menghadiri temuduga terbuka:
- 1 keping gambar (ukuran passport) *Sila catatkan nama dan nombor kad pengenalan di belakang gambar)
- Borang Permohonan MINDEF -1/2020 (Telah lengkap diisi)
- Resume beserta gambar
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Pelajaran Malaysia (Bukan Slip SPM)
- Sijil Kemahiran berkaitan penyediaan makanan (jika ada)
- Sijil Berhenti sekolah (Bukan sijil akuan berhenti sekolah)
Download senarai semak di bawah untuk dibawa ke temuduga nanti:
SENARAI SEMAK DOKUMEN TEMUDUGA
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Hanya 150 orang terawal yang telah melengkapkan borang permohonan sahaja dibenarkan menjalani urusan temuduga dala satu hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian 03 207 15043 / 5715.
Klik butang di bawah untuk download borang permohonan.