Nak Mohon Internship, Ini Pekara Yang Perlu Ada Dalam Resume
Kebanyakan syarikat tidak meminta pelajar untuk hadiri temuduga untuk permohonan program internship di syarikat mereka. Pelajar biasanya hanya diminta untuk hantar resume dan CV melalui email dan syarikat tersebut akan hubungi pelajar sekiranya berjaya ditempatkan di syarikat mereka. Dalam menghantar email permohonan internship sama sahaja macam nak minta kerja. Kena ada cara yang betul.
Baca sini: 8 Contoh Email Memohon Kerja/Internship
Syarikat yang dimohon akan minta pelajar untuk hantar resume dan CV semasa permohonan. Namun tak semua pelajar mempunyai pengalaman kerja yang banyak. Jadi apa yang perlu ada dalam resume untuk mohon internship?
Baca juga: Cara Menulis Maklumat Peribadi Dalam Resume Yang Menarik Perhatian
Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
PERKARA DALAM RESUME INTERNSHIP
1) Fokus Pada Pendidikan
Tekankan kepada latar belakan akademik anda. Sertakan sekali nama institusi dan ijazah yang diambil termasuk nama institusi dan ijazah yang diambil, termasuk sebarang pencapaian seperti keputusan CGPA yang tinggi atau apa sahaja anugerah akademik yang pernah diterima. Jika anda pernah mengambil kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, letakkan sekali maklumat tersebut dalam resume internship anda.
2) Masukkan Pekerjaan yang Berkaitan
Pelajar boleh memasukkan sebarang pengalaman latihan industri atau pekerjaan sambilan untuk menyatakan kemahiran yang anda telah perolehi walaupun pengalaman tersebut tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan pekerjaan sambilan sebagai juruwang sekiranya pengalaman itu mengajar erti khidmat pelanggan atau kemahiran kepimpinan.
3) Masukkan Aktiviti Ekstra Kurikulum
Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi, anda boleh masukkan apa sahaja pengalaman aktiviti semasa belajar. Ianya termasuk kelab, persukanan, aktiviti sukarelawan atau khidmat masyarakat. Kesemua aktiviti tersebut dapat menunjukkan kemahiran serta kebolehan anda.
Baca juga: 6 Kesalahan Yang Patut Dielakkan Dalam Penulisan Resume
4) Masukkan Pengalaman Kepimpinan
Pernahkan anda memegang jawatan di sebuah kelab persatuan atau pernah menjadi kapten dalam mana-mana pasukan? Pernahkan anda menjalani tanggungjawab sebagai seorang pemimpin semasa bekerja dahulu? Pastikan anda senaraikan segala pengalaman kepimpinan yang anda diperolehi kerana ianya dapat menunjukkan keupayaan anda untuk memimpin sebuah pasukan.
Baca juga: Jika Ada 8 Kemahiran Mahal Ini Dalam Resume Ini Pasti Pikat Majikan Sepanjang 2020
Bila dah hantar resume dan CV yang cantik melalui email, tunggu pula panggilan daripada pihak syarikat yang dipohon. Biasanya mereka akan hubungi pemohon dalam masa seminggu selepas terima email permohonan.
Namun jika pemohon tidak menerima sebarang email pembalasan berkaitan permohonan, boleh email semula untuk follow up permohonan. Macam mana?
Baca sini: Ini Cara Follow-up Selepas Menghantar Resume/CV Kepada Majikan
Semoga bermanfaat!