Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia KPM 2023/2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024 akan dibuka mulai 20 Julai 2022. Permohonan boleh dibuat secara atas talian bagi murid-murid Tahun Enam (UPSR) tahun 2022/2023 sahaja.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang yang disediakan sepanjang tempoh ditetapkan.
Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) Sesi persekolahan tahun 2023/3024 dibuka pada:
- 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berbakat, minat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Menyediakan rakaman video uji bakat berdasarkan bidang yang dipilih untuk penilaian
- Murid Tahun Enam 2022/2023
- Calon mesti dari sekolah bantuan penuh kerajaan
- Sihat tubuh badan
- Menghadiri uji bakat (Sesi Serlahan Seni)
SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan pelajar yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun (semasa di Tahun 5) sekurang-kurangnya 3B (mengikut subjek UPSR)
- Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
LOKASI SEKOLAH SENI MALAYSIA
Terdapat 4 buah Sekolah Seni Malaysia iaitu:
- Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L.
- SMK Muhibbah, Sungai Siput Utara, Perak;
Dua (1) buah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah seperti berikut:
- SMK Elopura, Sandakan, Sabah.
BIDANG KESENIAN YANG DITAWARKAN
Bidang kesenian yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah:
- Muzik
- Tari
- Teater
- Seni Visual
MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni:
Tingkatan 1 hingga 3
- Pendidikan Kesenian – seni muzik;
- Pendidikan Kesenian – seni tari;
- Pendidikan Kesenian – seni teater;
- Pendidikan Kesenian – seni visual;
- Bahasa Melayu;
- Bahasa Inggeris;
- Matematik;
- Sains;
- Sejarah;
- Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
- Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.
Tingkatan 4 hingga 5
Teras:
- Bahasa Melayu;
- Bahasa Inggeris;
- Sejarah;
- Matematik Moden;
- Sains;
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;
Elektif Kesenian:
- Muzik;
- Tari;
- Teater
- Seni Halus;
- Komunikasi Visual;
- Reka Bentuk.
Elektif Kemanusiaan:
- Prinsip Akaun;
- Perdagangan;
- Kesusasteraan Melayu.
Bidang Pengkhususan
Semasa di tingkatan 1 – tingkatan 3, murid akan mempelajari keempat empat bidang kesenian iaitu
- Muzik;
- Tari;
- Teater;
- Seni Visual
Bagi tingkatan 4 – tingkatan 5, murid akan memilih hanya satu (1) bidang pengkhususan kesenian daripada enam (6) mata pelajaran berikut:
- Muzik;
- Tari;
- Teater;
- Seni Halus;
- Komunikasi Visual;
- Reka Bentuk.
IPT BIDANG KESENIAN
Lepasan Sekolah Seni Malaysia dapat melanjutkan pengajian dalam bidang kesenian di IPTA berikut:
- Universiti Teknologi MARA;
- Universiti Malaya;
- Universiti Perguruan Sultan Idris;
- Universiti Malaysia Kelantan;
- Universiti Malaysia Sarawak;
- Universiti Malaysia Sabah;
- Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang;
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
PERMOHOHAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI MALAYSIA
Bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang sehingga 30 September 2022 melalui Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia (eSSEM) di pautan berikut:
Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh disemak pada pertengahan bulan Disember. Pesanan SMS juga akan dihantar kepada calon yang berjaya memasuki Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.
Sesi uji bakat pemilihan murid biasanya dilaksanakan dalam bulan pertengahan Oktober dan November setiap tahun. Calon yang memohon akan menjalani sesi uji bakat berdasarkan
bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.
PERMOHONAN RAYUAN
Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi bagi pemohon yang tidak layak.
Rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Surat rayuan hendaklah difaks ke: 03-8872 1608 atau emel: zuraini@moe.gov.my
Keputusan rayuan dapat diketahui satu minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni. Keputusan rayuan akan dimaklumkan sama ada secara bertulis atau panggilan telefon.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03 8872 1620 atau 03 8872 1659.