Tajaan Yuran Pengajian Program YTP-Ulul Albab MARA 2020 Bagi Lepasan SPM
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) menawarkan tajaan Program YTP-Ulul Abab 2020 bagi pelajar lepasan SPM untuk pengajian di Universiti Tenaga Nasional kemasukan September 2020.
Berikut adalah maklumat lanjut untuk semakan syarat penajaan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
- Asasi & Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan + Pensijilan Tahfiz
- Asasi & Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer + Pensijilan Tahfiz
- Asasi & Ijazah Sarjana Muda Perakaunan + Pensijilan Tahfiz
- Asasi & Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan + Pensijilan Tahfiz
Maklumat berkenaan Tahfiz adalah seperti di bawah:
MAKLUMAT TAJAAN
Tajaan yang ditawarkan adalah meliputi perkara berikut:
- Yuran Pengajian Asas (RM15,000-RM17,000)
- Yuran Ijazah Sarjana Muda (RM49,000-RM75,000)
- Yuran Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN (RM14,000)
- Wang Saku.
Nota : Yuran Pendaftaran (RM1,348), Yuran Sumber (RM1,560/setahun), Yuran Penginapan (dari RM220/sebulan, jika tinggal di kampus) dan insurans tahunan TIDAK ditaja di bawah program ini.
SYARAT PENAJAAN
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk menerima tajaan adalah seperti berikut:
Syarat Umum
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi ENAM (6) subjek yang telah ditetapkan oleh MARA mengikut bidang pengajian.
- Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.
- Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
- Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang diluluskan sahaja.
- Tempoh tambahan bagi sambungan atau mengulang tidak akan dipertimbangkan dan hendaklah dibiayai oleh pelajar sendiri.
- MARA & TAZU berhak untuk meminda syarat-syarat tajaan, meminda tatacara pembayaran, atau menarik balik atau membatalkan kelulusan pinjaman pelajaran di atas tanpa sebarang notis.
Syarat Akademik
- Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) subjek berikut:
i) Bahasa Melayu
ii) Bahasa Inggeris
iii) Matematik
iv) Matematik Tambahan
vi) Fizik
v) Kimia - Tiada Gred C dalam keputusan peperiksaan SPM yang sama.
CARA MEMOHON
Permohonan tajaan kini dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sekarang secara online di pautan berikut:
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas dari UNITEN satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UNITEN seperti berikut:
- Kejuruteraan & Sains Komputer
Ustaz Hafizan – 013-2129365
Pak Ariff – 019-3668275
En Irwandi – 019-9644520
En Samsuddin – 019-6135096 - Perakaunan & Pengurusan Perniagaan
Pn Nik Fanidautty – 019-6940874