Permohonan Biasiswa Pelajar IPTA Tempatan Sesi 2020/2021, Terima Bantuan RM7,500 Setahun
Biasiswa Pelajar IPTA Dalam Negara adalah merupakan tajaan penuh kepada mahasiswa/mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan ini adalah dibawah asnaf Fisabillah dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon merupakan Anak Negeri Kedah atau sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya Dua (2) Tahun
- Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin
- Semua Bidang Pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2020/2021.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
- Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.
- Pemohon tidak menerima sebarang tajaan atau Biasiswa daripada mana-mana pihak
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa)
Jumlah Bantuan (semester): RM3,750
Jumlah Bantuan (setahun): RM7,500
SENARAI UNIVERSITI AWAM YANG LAYAK
Hanya pemohon yang ditawarkan pengajian ke IPT berikut sahaja layak untuk menerima bantuan:
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan secara online:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
- Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
- Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT
Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, dan Penghulu).
CARA MEMOHON
Permohonan biasiswa kini dibuka sehingga 30 September 2020. Pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi permohonan di Portal Biasiswa berikut:
Pemohon wajib mengisi maklumat permohonan dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di atas. Permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen yang dilampirkan tidak jelas atau tidak muat naik (upload) pada setiap ruangan yang diminta.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan biasiswa Zakat Kedah, anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan,Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04 733 1740.