Cara Mohon Tabung Bantuan Baitumal Sarawak KAMEK Online

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

TBS dicipta khas untuk membantu rakyat Sarawak yang beragama Islam yang memerlukan bantuan kewangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan program bantuan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan bantuan.

Program Utama Saluran Zakat

Portal yang disediakan adalah bagi memberi kemudahan kepada asnaf untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon. Antara program bantuan yang disediakan kepada golongan yang layak adalah:

  • Program Membangun Institusi Islam
  • Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah

Melalui portal Baitumal Kamek juga, pemohon boleh memohon bantuan secara dalam talian bagi mana-mana jenis bantuan yang sesuai.

Cara Membuat Permohonan Tabung Bantuan Baitumal Sarawak KAMEK

Ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan melalui laman Baitumal KAMEK:

  1. Pergi ke laman permohonan BAITUMAL KAMEK dan klik DAFTAR AKAUN untuk permohonan baru.
    Cara Mohon Tabung Bantuan Baitumal Sarawak KAMEK
  2. Isikan maklumat dengan lengkap seperti yang diminta
  3. Setelah siap, klik DAFTAR
    Cara Mohon Tabung Bantuan Baitumal Sarawak KAMEK
  4. Setelah selesai mendaftar, anda boleh terus LOG MASUK dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
    Cara Mohon Tabung Bantuan Baitumal Sarawak KAMEK
  5. Klik LOG MASUK untuk urusan permohonan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tawaran bantuan, anda boleh terus hubungi Tabung Baitumal Sarawak di talian 082-682861 atau emel ke alamat admin@tbs.org.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma