Iklan Jawatan Kosong LHDN 2020 Terbuka Seluruh Negara

Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) kini membuka tawaran kerja kosong bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat.

Permohonan pelbagai jawatan ditawarkan dibuka sehingga 28 Disember 2020 secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan yang ditawarkan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

LHDN membuka permohonan untuk jawatan bertaraf kontrak berikut:

  • Eksekutif Hasil I
  • Eksekutif Hasil
  • Penolong Eksekutif Hasil

KELAYAKAN MEMOHON

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan jawatan adalah:

  • Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan
  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun ada tarikh tutup iklan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat SPM
  • Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat yang bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:
    a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas
    b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya  3 tahun
  • Permohonan terbuka kepada orang awam serta pegawai LHDNM bertaraf tetap, kontrak bulanan dan kontrak harian

CARA MEMOHON

Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak  / dipos ke LHDNM. Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM  hendaklah dibuat melalui sistem berikut:

Permohonan kali pertama mestilah buat Pendaftaran Akaun terlebih dahulu untuk log masuk. Log masuk akaun untuk buat permohonan. Lengkapkan maklumat yang diminta dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 28 Disember 2020.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma