Cara Membuat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Secara Online

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan satu manfaat yang dapat kakitangan awam kerajaan, badan berkanun atau individu yang pernah berkhidmat dalam sektor awam dapat nikmati ketika bercuti dan meluangkan masa bersama keluarkan.

RPP merupakan tempat penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk disewakan dalam bentuk bilik, dorm, apartment dan banglo. RPP terletak di beberapa lokasi tumpuan percutian di Malaysia dan dapat dijadikan sebagai pilihan lebih murah dan selesa berbanding hotel.

Penjawat awam yang berminat untuk membuat tempahan RPP untuk percutian yang akan datang boleh buat tempahan secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.

SYARAT KELAYAKAN RPP

Kelayakan untuk membuat permohonan Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan penginapan di RPP adalah seperti berikut:

  • Penjawat Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Penjawat Awam Negeri
  • Pesara Perkhidmatan Awam yang mempunyai kad pesara kerajaan Malaysia

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang layak ini, anda boleh buat tempahan secara online.

TEMPAHAN RPP

Untuk makluman anda, pengurusan sistem online untuk menduduki rumah peranginan/transit akan diseragamkan dan akan dibuka 3 kali setahun. Sehubungan dengan itu, tempoh dan tarikh pembukaan tempahan bagi 2020 adalah seperti berikut:

Tarikh penginapan: 3/9/2020 hingga 2/1/2021
Tarikh tempahan: Tempahan kini dibuka

CARA MEMBUAT TEMPAHAN RPP ONLINE

Tempahan RPP hanya boleh dilakukan secara online melalui laman web SBBP. Berikut adalah langkah-langkah membuat tempahan:

  1. Bagi yang belum pernah mendaftar, klik pada PENDAFTARAN PENGGUNA untuk daftar akaun terlebih dahulu.
  2. Selesai daftar, Log Masuk ke akaun dengan menggunakan ID dan Kata Laluan yang dibina.
  3. Klik Daftar Masuk
  4. Dashboard akan dipaparkan. pilik RPP Premier/Ekslusif atau Rumah Transit untuk lihat senarai RPP yang layak dipohon bergantung pada jawatan pemohon.
  5. Contohnya jawatan Gred 32, senarai rumah peranginan dan jenis unit yang boleh dipilih adalah seperti berikut.
  6. Klik PILIH pada unit yang anda mahu
  7. Masukkan tarikh untuk memeriksa kekosongan dan klik PILIH. Had jarak tarikh adalah 14 hari sahaja
  8. Tarikh akan dipaparkan. Tulisan yang berwarna hitam menandakan tarikh itu masih terdapat kekosongan dan tempahan boleh dibuat.
  9. Semak butiran dan klik TEMPAH SEKARANG untuk langkah berikutnya.
  10. Baca Terma dan Syarat, klik SETUJU
  11. Lakukan bayaran dan klik Choose File untuk muat naik slip pembayaran. Pembayaran mesti dilakukan dalam tempoh 7 hari
  12. Pautan SURAT KELULUSAN RPP akan diberikan setelah semua butiran selesai disemak. Klik dan cetak surat tersebut untuk dibawa semasa pendaftaran masuk pada hari cuti nanti.

KADAR SEWA RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan yang ditawarkan dibahagikan kepada kategori Eksekutif dan Premier. Berikut adalah kadar sewa mengikut lokasi, jenis, unit dan waktu:

Kadar Sewa Kategori Eksekutif

Kadar Sewa Kategori Premier – Gred 48 ke atas

Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman BPH hubungi talian dan alamat berikut:

  • Bahagian Pengurusan Hartanah
    Jabatan Perdana Menter
    Ara 4 & 7, Blok Setia Perdana 3
    Kompleks Setia Perdana
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 Putrajaya
  • Tel: 03 8880 0522

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma