Permohonan Zakat UiTM Untuk Pelajar Ijazah & Diploma Kini Di Buka

Berita baik untuk semua pelajar UiTM cawangan Perak sesi 2020, Permohonan Zakat UiTM untuk pelajar Ijazah & Diploma kini dibuka permohonan.

Bantuan Zakat UiTM ini akan disalurkan oleh Unit Zakat ACIS Cawangan UiTM Perak kepada semua pelajar UiTM yang layak.

Kepada pelajar UiTM yang layak dan berhak memohon bolehlah mengemukakan permohonan dengan kadar segera.

Di bawah merupakan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN ZAKAT UITM

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti
  • Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi

OBJEKTIF PEMBERIAN ZAKAT

  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM untuk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana

PERMOHONAN ZAKAT BAGI PELAJAR IJAZAH SESI FEBRUARI  2020 ~ JUN 2020

Tarikh Temuduga 2 Mac 2020 – 5 Mac 2020
Masa Selasa – Khamis :  9.00 pagi – 12.30 tengahari
Jumaat – 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar

PERMOHONAN ZAKAT BAGI PELAJAR DIPLOMA SESI FEBRUARI  2020 ~ JUN 2020

 Tarikh Temuduga 9 Mac 2020 – 12 Mac 2020  & 16 Mac 2020 – 19 Mac 2020
 Masa Isnin – Khamis :  9.00 pagi – 12.30 tengahari
Jumaat : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar

BORANG PERMOHONAN ZAKAT UiTM

PERKARA MAKLUMAT
Borang Zakat Sila Download 👉Borang Permohonan Zakat UiTM Cawangan Perak
Lampiran Sila sertakan lampiran yang dikehendaki
SEBARANG KEMUSYKILAN SILA HUBUNGI :
USTAZ HJ.MOHD NORZARIR ARSHAD    05-374 2389 / 013-4441553
USTAZ MOHD ZAKI AHMED FAUZI        05-374 2382 / 016-5581980

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma