Rumus & Formula Penting Dalam Peperiksaan Matematik Online SPA

Untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, seksyen Matematik dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza bagi setiap jawatan. Ada yang berada di Bahagian 2: Seksyen B, Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah, Seksyen A: Matematik dan lain-lain.

Setiap jawatan dan gred pastinya soalan peperiksaan online yang diberikan adalah berbeza mengikut kemampuan calon. Namun jika dilihat secara sekali imbas sebenarnya rumus dan formula yang digunakan adalah sama sahaja.

Apa yang yang berbeza adalah tahap kesusahan soalan. Sebenarnya calon hanya perlu tahu rumus dan formula penting yang akan dikongsikan ini untuk mudah score dalam peperiksaan Matematik SPA.

MASALAH CALON DALAM EXAM MATEMATIK

Apa yang menjadi masalah besar calon gagal dalam bahagian ini adalah:

  • Tidak tahu bentuk soalan
  • Tidak cukup masa, akhirnya semuanya dihentam
  • Tidak sempat buat persediaan
  • Tidak tahu jalan pengiraan

Sebenarnya bagi masalah “tidak sempat buat persediaan” setiap calon boleh tangani sekiranya berusaha dengan lebih kuat. Jika anda perasan, format untuk soalan Matematik yang dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya untuk peperiksaan bertulis adalah:

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

RUMUS & FORMULA PENTING MATEMATIK

1) Cari Jarak, Masa, Laju

Jarak = Laju x Masa
Laju = Jarak/Masa
Masa = Jarak/Laju

Contoh data diberi:
Jarak: 256 km
Masa: 3 jam 15 minit.

Soalan: Cari laju

Jawapan:
15m/60m = 0.25 + 3 jam = 3.25
256/3.25 = 78.76km/j

Kalkulator: Kelajuan, masa, jarak

2) Cari % Pengurangan

Contoh pengurangan 1850 kepada 1130. Berapa peratus pengurangan?

Pengiraan:
1850 – 1130 = 720
720/1850 x 100 = 38.9%

3) G to KG

Contoh 5684g x 1000 = 5.684kg

Kalkulator: Kalkulator Gram to Kilogram

4)  Cari Nilai X

Soalan: 160, 145, X

Apa nilai X?
160 – 145 = 15
145 – 15 = 130

x = 130

5) Cari Peratus

Contoh 236 buku di rak. 38% novel 15% kamus. Berapa % buku lain?

38 + 15 = 53
100 – 53 = 47%
236 x 47% = 111

6) Jumlah Hasil Sekiranya Dapat Keuntungan

Contoh keuntungan 35%

315 buah x 35% = 110.25
315 + 110.23 = 425.25

7) Jisim

Jumlah 10 biji limau ialah 7.2kg, Jisim 18 biji jambu 15.8 kg

Berapa jisim bagi 3 limau dan 2 jambu?

7.2/10 = 0.72
15.8/16 = 0.9875

Limau 0.72 x 3 = 2.16
Jambu = 0.9875 x 2 = 1.975
Tambah kedua-dua = 21.6 + 1.975 = 4.135

8) Median

Contoh 3,5,7,9,4,5,8,6. Apakah median?

*Cari ditengah-tengah sekiranya ada dua nombor. Maka perlu bagi contoh ditengah adalah 9 dan 4 maka,

9 + 4 / 2 = 6.5

9) ML to L

Untuk tukarkan Mililiter kepada Liter, gunakan kalkulator online berikut:

Kalkulator: ML to L

10) Luas Kubus

L = 6 x S x S

Contoh, panjang sisi 25cm

L = 6 x 25 x 25
= 3750

Kalkulator: Kalkulator kira luas

11) Tukar Saat Kepada Jam Dan Minit

Contoh 13,590 saat

13590/60 = 225 minit
225/60 = 3.75
75 x 60 = 0.45 + 3 = 3 jam 45 minit

Kalkulator: Kalkulator masa, saat, minit

Calon dinasihatkan untuk buat latih tubi soalan-soalan matematik untuk peperiksaan SPA yang boleh didapati secara dalam talian. Rumus yang dikongsikan ini adalah penting untuk calon tahu supaya tidak terpaku apabila melihat soalan nanti.

CONTOH SOALAN PENOLONG PENGUATKUASA KP29

Nak lebih contoh soalan Seksyen Matematik & juga Kefahaman Bahasa Inggeris khas untuk sesi peperiksaan Penolong Penguatkuasa KP29 pada 3 Ogos nanti?

Pastikan anda tempah rujukan khas di bawah. Lebih banyak nota dan contoh soalan berkaitan jawatan KP29 dikongsikan untuk rujukan anda.

PANDUAN PENOLONG PENGUATKUASA KP29

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma