Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kerja Kepada Belia

Nestlé (Malaysia) Bhd komited untuk menyediakan 500 peluang pekerjaan kepada golongan belia di negara ini menjelang 2021, termasuk daripada komuniti B40. Ia adalah sebahagian daripada usaha syarikat menyokong kumpulan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Usaha ini sejajar dengan cita-cita global kumpulan untuk membantu menyediakan peluang ekonomi kepada 10 juta golongan muda menjelang 2030

Isi Kandungan

INISIATIF NESTLE

Antara inisiatif yang disediakan Nestlé adalah untuk meningkatkan keupayaan belia mendapatkan kerja adalah menerusi program:

  • Pelatih Pengurusan
  • Latihan Amali dan Perantis
  • Pengambilan menerusi peluang pekerjaan secara langsung

Pihak Nestlé juga akan terus menyediakan pengalaman praktikal menerusi acara kesediaan untuk bekerja dan meneroka lebih banyak peluang menerusi kerjasama dengan rakan niaga serta syarikat luar yang mendukung matlamat yang sama.

CARA MEMOHON KERJA NESTLE MALAYSIA

Ikut langkah berikut sekiranya anda berminat untuk bekerja dengan Nestlé Malaysia Bhd:

  1. Pergi ke laman NESTLE MALAYSIA JOBS
  2. Masukkan Keywords, Country, Location, Career Area atau Company
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia
  3. Klik JOB SEARCH untuk buat carian
  4. Jenis-jenis jawatan beserta maklumat akan dipaparkan
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia
  5. Klik pada pilihan kerja yang anda minat
  6. Baca maklumat jawatan yang dipilih
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia
  7. Klik APPLY untuk mohon
  8. Klik Apply with LinkedIN
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia
  9. Anda perlu SIGN IN ke akaun. Sekiranya belum pernah mendaftar, klik CREATE AN ACCOUNT dan daftar akaun.
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia
  10. Setelah daftar, LOG IN seperti biasa dan buat permohonan kerja yang anda mahu
    Nestlé (Malaysia) Bhd Tawarkan 500 Peluang Kepada Belia

Selain daripada melengkapkan belia dengan kemahiran relevan dan meningkatkan peluang mereka diambil bekerja, pihak Nestle juga mahu memastikan peserta terutama mereka daripada kumpulan B40 mempunyai sumber pendapatan stabil untuk mengharungi masa-masa sukar ini.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma