Kemasukan Akademi Vokasional McDonalds. Tajaan Penuh & Terima Elaun RM1,200 Sebulan

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Mod Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada pelajar lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) yang berminat dalam bidang perkhidmatan makanan.

Melalui jalinan kerjasama strategik tersebut, pelajar kolej vokasional yang menyertai program berbentuk kemahiran anjuran McDonald’s Malaysia itu akan dianugerahkan SKM Tahap Tiga oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia setelah tamat mengikuti program.

Sebanyak 1,000 kekosongan dibuka dan individu yang berminat boleh hadir ke temuduga terbuka yang dijadual pada 17 hingga 19 Ogos 2020 pada jam 10 pagi hingga 5 petang.

KURSUS LATIHAN DITAWARKAN

Kursus dan latihan yang ditawarkan adalah:

  • SKM Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera
  • SKM Penyeliaan Perkhidmatan Barista

PELAKSANAAN LATIHAN

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program:

  • latihan berteraskan industri selama 18 bulan
  • menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan
  • 30 peratus kelas teori di bilik darjah.

Program ini merupakan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan Kementerian.

Sebaik sahaja belia-belia ini tamat latihan, mereka dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan seterusnya layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan untuk di bawah:

  • Berumur 17 tahun dan keatas.
  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf.
  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan.
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  • Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat yang diperoleh untuk peserta yang lulus kemasukan ke Akademi Vokasional McDonald’s adalah:

  • Kos pembelajaran RM26,000 Ditanggung oleh syarikat
  • Elaun RM1,200 sebulan
  • Pengiktirafan Kerajaan SKM 3
  • Kursus Latihan disediakan
  • Makanan percuma
  • Perlindungan Insuran
  • Faedah Perubatan
  • Asrama Disediakan
  • Memenuhi potensi diri peserta
  • Dapat mempelajari kemahiran baharu
  • Membina kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan.

LOKASI TEMUDUGA

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, hadir ke lokasi berikut pada 17 hingga 19 Ogos 2020  jam 10 pagi hingga 5 petang.

  • Ibu Pejabat McDonald’s Malaysia, Selangor
  • McDonald’s Kota Bhari DT
  • McDonald’s Kuala Terengganu DT
  • McDonald’s KK1, Api-Api, Sabah
  • McDonald’s Seremban 2 DT Negeri Sembilan
  • McDonald’s Permas Jaya DT, Johor Bahru
  • McDonald’s Birch House DT, Pulau Pinang
  • McDonald’s Meru Raya DT, Perak

Lokasi latihan adalah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Akademi Vokasional McDonald’s, anda boleh hubungi 014 315 7116 atau rujuk di laman web Kerjaya McDonald’s Malaysia.

Kemasukan Akademi Vokasional McDonalds. Tajaan Penuh & Terima Elaun RM1,200 Sebulan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma