6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Sebenarnya masih ramai ibu bapa yang memandang remeh mengenai pembukaan akaun simpanan buat anak-anak. Tidak perlu tunggu sehingga anak tamat persekolahan atau menerima tawaran ke universiti pun untuk membuka akaun simpanan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Amalkan sikap suka menabung sejak kecil lagi.

Akaun bank simpanan boleh menjadi pelaburan dan aset terbaik untuk anak-anak pada masa depan. Selain daripada simpanan untuk kegunaan kecemasan, wang simpanan tersebut juga boleh digunakan untuk sambung belajar atau membuat majlis perkahwinan mereka nanti.

Berikut adalah 7 jenis akaun simpanan terbaik untuk anak-anak yang sangat berbaloi untuk masa depannya.

7 JENIS AKAUN SIMPANAN JUNIOR

1. Akaun Tabung Haji

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Akaun Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan yang sangat berbaloi untuk anak-anak. Nilai dividen dan bonus juga tinggi setiap tahun. Untuk permulaan membuat akaun simpanan, ibu bapa boleh membuka akaun dengan bayaran serendah RM2 sahaja.

Antara dokumen yang diperlukan untuk pembukaan akaun adalah:

  • Sijil lahir anak
  • MyKid anak
  • MyKad ibu bapa/penjaga
  • Sijil nikah ibubapa/penjaga

Setelah selesai pembukaan akaun anak, anda boleh terus mendaftar haji untuk mereka kerana menunggu giliran haji amatlah penting.. Tabung Haji menjadi pilihan utama kerana terdapat subsidi yang diberikan serta khidmat pengurusan yang dipercayai.

Namun bagi membolehkan seseorang mendaftar Haji, pendeposit perlu cukupkan wang simpanan sebanyak RM1300 dalam akaun Tabung Haji.

2. Akaun SSPN-1

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ini boleh dibuka seawal umur satu tahun. Jika anda peminjam PTPTN, pasti anda sudah mempunyai akaun SSPN-i tetapi tidak pernah menggunakannya.

Pihak PTPTN memang mewajibkan peminjam mempunyai akaun SSPN untuk menggalakkan orang membuat simpanan. Dividen 4% untuk simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus bagi tahun 2019 adalah 4%.

3. Akaun Remaja ASB

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan untuk anak yang sangat popular.  Akaun remaja boleh dibuka bagi anak seawal usia 6 bulan sehingga 18 tahun. Ia juga pelaburan jangka panjang yang sesuai dan berisiko rendah dengan kadar keuntungan yang tinggi mengikut nilai kompetitif pasaran.

Antara dokumen yang diperlukan untuk mendaftar akaun adalah:

  • Borang pendaftaran Unit Amanah (dapatkan di pejabat ASB)
  • Kad pengenalan dan sijil lahir anak
  • Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga berdaftar
  • Wang tunai yang ingin disimpan sebagai permulaan

4. Akaun Simpanan Maybank Yippie

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Pembukaan akaun Maybank Yippie adalah beserta deposit serendah RM1.  Anak-anak yang membuat simpanan di akaun Maybank Yippie akan memperoleh ganjaran tunai jika mendapat keputusan cemerlang dalam PT3, STPM, SPM dan peringkat kolej serta universiti.

Insurans perlindungan kemalangan peribadi disediakan secara percuma untuk ibu-bapa dan anak berjumlah sehingga RM70,000. Bagi menikmati kadar faedah yang kompetitif, akaun perlu dikekalkan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun.

  • Kadar faedah untuk RM50,000 pertama adalah 2.95% (kadar faedah nominal) dan 2.97% (kadar faedah efektif).
  • Kadar faedah bagi simpanan RM50,000 ke atas adalah 1.30% (kadar faedah nominal) dan 1.30 (kadar faedah efektif).

5. Akaun Simpanan Junior RHB

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Pengeluaran wang bagi akaun simpanan Junior RHB adalah dihadkan kepada sekali sahaja dalam sebulan. Kadar faedah dikira setiap hari dan dikreditkan ke akaun pelanggan pada setiap pertengahan tahun.

Pemegang akaun dengan baki minima RM500 akan ditawarkan perlindungan percuma. Jika membuat simpanan lebih tinggi, nilai perlindungan insuran mencecah RM50,000.

Kadar faedah yang diterima adalah mengikut jumlah simpanan iaitu:

RM1 – RM50,000 = 3.00%

RM 50,000 – RM 100,000 = 3.00%

RM100,000 dan ke atas  = 1.25%

6. Akaun Simpanan Wise Public Bank

6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak. Terapkan Amalan Menabung Sejak Kecil

Untuk membuka akaun, anda hanya perlu mendeposit serendah RM1 sahaja dan baki RM20 adalah perlu untuk mengekalkan akaun. Kadar faedah adalah dikira setiap hari dan dikreditkan secara bulanan.

Jika pemegang akaun tidak membuat pengeluaran tunai, pemegang akaun akan menerima bonus sehingga 5%. Kadar faedah yang diterima adalah seperti berikut:

  • RM50,000 pertama: 2.95% (kadar faedah efektif) 2.77% (kadar faedah nominal)
  • Lebih RM50,000: 0.56% (kadar faedah efektif) 0.53% ( kadar faedah nominal)

Sangat penting untuk ibu bapa membina kewangan anak sejak mereka kecil untuk membantu mereka menabung dan menyimpan wang kerana kita tidak tahu keadaan ekonomi di masa hadapan. Jadi sebaiknya sama-sama kita beringat dan lakukan pelaburan ini sejak awal.

Ajar anak menyimpan wang sejak dari kecil supaya mereka tidak berasa takut untuk menyimpan wang yang mereka ada. Apabila wang mereka sudah banyak di dalam bank, pasti mereka pun berasa seronok. Gunalah ia secara bermanfaat apabila tiba masa yang sesuai.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma