10 + 5 Soalan Lazim Temuduga Beserta Jawapan Yang Pastinya Memikat Majikan

Manusia dan kerja sudah tentu tidak dapat dipisahkan, ianya menjadi satu keperluan bagi meneruskan kehidupan. Bila tiba masanya, semua orang pasti akan memerlukan pekerjaan bagi menampung  kehidupan masing-masing. Pekerjaan menjadikan seseorang itu lebih berdaya saing dalam meningkatkan potensi diri dan produktif untuk menjana sumber pendapatan dalam kehidupan seharian.

Temuduga merupakan proses awal untuk melangkah ke alam pekerjaan. Lazimnya temuduga ini dilakukan oleh pihak majikan kepada bakal pekerja untuk mendapat maklumat seseorang pekerja itu secara ringkas dan jelas sebelum memulakan pekerjaan. Oleh yang demikian untuk melangkah ke alam pekerjaan seseorang perlu menjalani proses temuduga sebelum bergelar pekerja. 

Sebelum menghadapi temuduga, calon mestilah membuat persediaan awal agar proses temuduga berjalan lebih lancar. Antara persediaan yang perlu calon titik beratkan adalah dari segi penampilan diri, mental dan juga fizikal.

Sesetengah majikan bukan hanya melihat pencapaian akademik calon di universiti semata-mata, malahan majikan juga menilai dari segi kemahiran berkomunikasi, berfikir dan menyelesaikan permasalahan.

Berikut merupakan beberapa contoh soalan lazim yang sering ditanya dalam sesi temuduga juga disertakan jawapan bagi memikat hati bakal majikan.

15 SOALAN LAZIM TEMUDUGA BESERTA JAWAPAN

Soalan 1 : Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?

JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya supaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat.

Soalan 2: Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?

JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.

Soalan 3: Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?

JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan. Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri kursus pemantapan diri ( beri contoh nama kursus). Dalam masa yang sama, saya juga banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti……….(beri contoh).

Soalan 4: Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?

JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.

Soalan 5: Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?

JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara profesional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.

Soalan 6: Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?

JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.

Soalan 7: Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?

JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentiasa dapat menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Soalan 8: Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?

JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan cuba untuk mengelak masalah tersebut dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.

Soalan 9: Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?

JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada diri saya secara profesional.

Soalan 10: Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?

JAWAPAN: Saya melihat diri saya sedang memegang antara posisi jawatan tertinggi dalam syarikat malah mampu mengurus portfolio penting dalam syarikat ini.

Soalan 11:Apakah Anda Merasakan Yang Anda Sudah Berjaya?

JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.

Soalan 12: Apa Kelemahan Anda?

JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.

Soalan 13: Apa Kekuatan Anda?

JAWAPAN: Saya cepat belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.

Soalan 14: Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamanahkan Anda Untuk Menyelesaikan Sesebuah Projek?

JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang penting adalah saya boleh memperolehi pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pasukan yang lain.

Soalan 15: Ada Apa-Apa Soalan?

JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang menemu duga.

Terdapat banyak soalan yang boleh ditanya. Antaranya ialah:

‘Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”

”Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan bekerjasama jika saya diterima kelak?”

Secara tidak sedar soalan sebegini sebenarnya akan membuatkan majikan berasa yang calon betul-betul berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati supaya ia tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma