Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Sehingga RM2,000 Untuk Pengajian Dalam & Luar Negara
Berita gembira untuk anak Terengganu yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan Luar Negara! Bantuan Zakat IPT Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (MAIDAM) kini telah dibuka. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk buat permohonan bantuan zakat seperti yang diiklankan.
Bantuan ini ditawarkan dengan matlamat untuk membantu pelajar susah yang dapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau luar negara.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan bantuan zakat di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan adalah:
- Diploma: RM800
- Ijazah Sarjana Muda: RM1000
- Sijil: RM600
- Sarjana: RM1,500
- PHD: RM2,000
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah:
- Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka
- Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian
- Masih dalam tempoh pengajian/penambahan semester. Sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pengajian daripada tarikh menghantar permohonan ke pejabat
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM
SYARAT KHUSUS PENUNTUT IPT DALAM NEGARA
Berikut adalah syarat khusus untuk penuntut IPT dalam negara:
- Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP)
- Pointer GPA 3.00 ke atas keputusan peperiksaan Semester 1 yang wajib disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkenaan
- Pelajar Diploma dan Ijazah boleh memohon sekiranya ada/tidak pinjaman atau pembiayaan dan tidak bekerja
- Pelajar Sijil/Matrikulasi/Asasi hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja.
- Pelajar Master/PHD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/ pembiayaan/ dermasiswa/ biasiswa/ MyBrain/ MyPhD/ tidak bekerja. Wajib kepilkan bersama surat pengesahan Akaun Pendapatan yang terkini
SYARAT KHUSUS PENUNTUT IPT LUAR NEGARA
Syarat khusus bagi penuntut IPT luar negara adalah:
- Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia
- Pelajar yang TIADA pinjaman/pembiayaan/demasiswa/biasiswa/tidak bekerja
- Keputusan peperiksaan keseluruhan semester/ tahun pengajian
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Surat tawaran belajar yang rasmi
- Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/ Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar negara.
- Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD.
- Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
- Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
- Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat pengajian Sarjana dan PHD.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
- Slip permohonan.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan dengan langkah berikut:
- Permohonan secara atas talian boleh dilakukan di http://yp.maidam.gov.my/iptonline
- Isi maklumat permohonan yang diminta
- Setelah selesai buat permohonan, pemohon diminta CETAK borang pengesahan permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Penghantaran cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan perlu dibuat ke alamat berikut:
- Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu - Emel: info@ypmaidam.my
Pemohon boleh membuat Semakan Status Permohonan untuk tahu status semasa. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
- Tel: 09-6223500
- E-mail : info@maidam.gov.my