Buat Pengeluaran Khas KWSP Dikenakan Zakat 2.5% Atau Tidak? Ini Syarat & Penjelasannya
Tahukah anda pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikenakan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya? Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan permohonan pengeluaran khas simpanan KWSP sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 April 2022 buat semua Ahli KWSP. Anda salah seorang yang bakal membuat permohonan pengeluaran khas ini? Pastikan anda ambil tahu ya pengeluaran khas ini dikenakan zakat atau tidak!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat kelayakan dikenakan zakat bagi pengeluaran khas KWSP.
Isi Kandungan
PENGELUARAN KHAS KWSP DIKENAKAN ZAKAT ATAU TIDAK?
Zakat simpanan sememangnya wajib jika sudah cukup nisab dan haul. Ini termasuk juga dengan simpanan yang dibuat di KWSP khusus bagi yang telah membuat pengeluaran.
Pasti ramai yang keliru kan pengeluaran khas KWSP nanti akan dikenakan zakat atau tidak? Untuk makluman, berikut adalah individu yang perlu dan tidak perlu buat bayaran zakat apabila buat pengeluaran khas KWSP nanti:
Individu Yang WAJIB Dikenakan Zakat
- Mereka yang berhajat membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan atau masalah kewangan
- Mereka yang tidak menghadapi sebarang masalah dari segi bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya
Individu Yang TIDAK Dikenakan Zakat
- Dalam situasi terdesak musim Covid-19 ini, institusi zakat dan Jawatankuasa Syariah KWSP setuju ianya DIKECUALIKAN dari dikenakan zakat.
- Pengecualian ini adalah dengan alasan pengeluaran dibuat disebabkan mereka tiada sumber pendapatan lain.
Rujuk: Tarikh & Panduan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000
KADAR ZAKAT KWSP
Kadar Zakat KWSP yang wajib dikeluarkan sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak:
- 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan
Contohnya sekiranya anda buat pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000, kadar zakat KWSP yang perlu dibayar adalah sebanyak RM250 (RM10,000 x 2.5%).
Bagi pengeluaran sebahagian di dalam akaun 2 apabila mencapai Umur 50 tahun, ZAKAT DIKENAKAN ke atas amaun yang dikeluarkan sahaja pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul.
Bagi ahli yang tidak membuat pengeluaran pada umur 50 tahun, maka apabila mencapai umur 51 tahun WAJIB dikenakan zakat ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan kerana telah memenuhi syarat milk al-taam kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul. Manakala baki simpanan di dalam akaun 2 yang tidak dikeluarkan tidak perlu dizakatkan, kerana tidak memenuhi syarat milk al-taam.