Siapa Makan Quinoa, Zakat Fitrahnya Lebih RM100 Untuk Satu Kepala. Ianya Bukan Beras Biasa-biasa
Dalam Islam, kadar kiraan zakat fitrah seseorang dikira berdasarkan harga satu gantang Baghdad (2.6 kg) makanan ruji pembayar zakat. Ini bermakna jika makanan ruji pembayar zakat itu adalah gandum (seperti di beberapa negara Arab), maka kadar zakat fitrah mereka bersamaan dengan harga 2.6kg gandum.
Jika makanan ruji kita di Malaysia adalah beras super spesial tempatan (5% hancur dan ke bawah), kadar zakat fitrah kita adalah RM7 seorang. Jika makanan ruji kita adalah beras wangi Thailand, kadar zakat fitrah kita adalah RM14 seorang.
Mengikut status yang dikongsikan oleh Ustaz Faisal Rahim di laman Twitternya sekiranya seseorang itu mengamalkan quinoa di dalam pemakanan hariannya, maka kadar bayaran zakat fitrahnya juga berbeza.
Apa itu quinoa dan bagaimana kadar bayaran zakat fitrahnya? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
APA ITU QUINOA
Bagi yang tidak tahu, Quinoa adalah sejenis bijiran yang bebas gluten yang kaya dengan protein daripada pokok Chenopodium quinoa. Secara teknikalnya, quinoa bukan sejenis bijiran seperti oat dan barli yang diekstrak dari daun. Ia diekstrak dari pokok.
Menurut perkongsian Ustaz Faizal, sekarang adalah trend orang kaya makan beras Quinoa gantikan beras biasa. Tetapi bijiran ini lain dari beras lain. Menurut Ustaz Faizal, harga 400gram quinoa bersamaan dengan 10kg beras biasa. Boleh bayangkan tak harganya?
HARGA QUINOA YANG MAHAL
Menurut Ustaz Faisal, quinoa bukanlah pilihan untuk orang biasa kerana harganya yang mahal. Anggaran harganya untuk berat 400gram adalah lebih kurang seperti 10kg beras biasa.
BAGAIMANA BAYARAN ZAKAT FITRAH UNTUK ORANG YANG MAKAN QUINOA?
Disebabkan oleh harganya yang mahal, sesiapa yang mengamalkan pemakanan quinoa akan dikenakan kadar bayaran zakat fitrah sehingga RM100 lebih setiap orang.
Sekiranya quinoa dimakan kadang kala, ia tidak akan menjadi makanan asasi. Hanya mereka yang makan quinoa setiap hari sehingga menggantikan beras perlu membayar zakat fitrah yang lebih seperti yang ditetapkan.
Sama seperti mereka yang mengamalkan beras basmathi atau beras perang. Jika dimakan sesekali dan tidak menjadi makanan harian, bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras biasa.
Ustaz faisal juga menyatakan bahawa kebanyakan negeri di Malaysia sudah membuat perbezaan kadar zakat fitrah mengikut beras yang dimakan.
HANYA SEORANG YANG PERLU BAYAR HARGA BERBEZA
Kata Ustaz Faisal, bayaran zakat ini hanya berbeza untuk seorang sahaja. Contohnya pasangan yang memakan beras perang. Hanya seorang yang perlu bayar RM21.00 manakala seorang lagi harga biasa iaitu RM7. Jumlahnya adalah RM28.00. Amil tidak akan bertanya jenis beras yang dimakan, si pembayar harus memaklumkan kepadanya.
HUKUM MEMBAYAR ZAKAT MENGIKUT JENIS BERAS
Hukumnya sunat untuk membayar zakat fitrah mengikut beras yang dimakan. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Negeri Selangor telah menetapkan untuk membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan. Manakala negeri Sarawak pula mengikut majoriti beras yang digunakan penduduknya dan bukan mengikut minoriti.
Justeru, jelaslah penetapan zakat fitrah tidak hanya mengikut jenis makanan yang dimakan oleh pembayar zakat secara individu sebaliknya berdasarkan jenis purata beras yang dimakan penduduk sesebuah negeri. Wallahua’lam.