Young Leaders’ Program: Tawaran Pengajian Dengan Tajaan Penuh Kerajaan Jepun Dibuka

Berita baik buat rakyat Malaysia yang berminat nak sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana! Young Leaders’ Program (YLP) 2023 kini dibuka untuk permohonan. Pelajar yang berminat dan berkelayakan akan mengikuti pengajian Master’s Degree di Jepun dengan tajaan penuh biasiswa yang ditawarkan oleh Kerajaan Jepun.

Tawaran dibuka bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang ditawarkan. Permohonan bagi calon yang berminat mestilah dihantar secara online bersama dokumen diperlukan mengikut panduan ditetapkan.

Ikuti perkongsian di. bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

YOUNG LEADERS’ PROGRAM (YLP)

Young Leaders’ Program (YLP) adalah salah satu Program Biasiswa Kerajaan Jepun (MEXT) yang dimulakan pada tahun 2001. YLP bertujuan untuk menyumbang untuk memupuk pemimpin negara masa depan di Asia dan negara-negara lain, selain itu, menyumbang untuk menjalinkan hubungan mesra antara pelbagai negara dan menambah baik dasar merancang aktiviti dengan membentuk jaringan dalam kalangan pemimpin negara melalui mendalami pemahaman mereka tentang Jepun

TAWARAN PENGAJIAN

Tawaran adalah terbuka bagi calon yang berminat mengikuti pengajian peringkat Master’s Degree dalam bidang berikut:

  • Healthcare Administration
  • Business Administration
  • Law
  • Public Administration
  • Local Governance

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan mengikuti pengajian dengan tajaan penuh Kerajaan Jepun melalui Young Leaders’ Program (YLP) boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh permohonan: 1 September hingga 21 Oktober 2022

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat mengikuti pengajian dengan tajaan Kerajaan Jepun melalui program ditawarkan, anda boleh buat permohonan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Mengesyorkan masing-masing. Maklumat lanjut berkenaan permohonan boleh disemak di pautan berikut:

Penyerahan permohonan selepas 21 Oktober 2022 TIDAK AKAN DILAYAN walau apa pun alasan yang diberikan. Permohonan tanpa dokumen yang mencukupi (dinyatakan dalam garis panduan) tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan kelayakan calon yang berjaya mendapat penempatan akan dibuat oleh Kedutaan Jepun. Sebarang pertanyaan mengenai keputusan muktamad tidak akan dilayan.

Berikut adalah garis masa permohonan:

  • September – Oktober 2022: Permohonan
  • Februari – Mac 2023: Urusan temuduga bagi calon yang layak dan mendapat panggilan
  • Julai 2023: Maklumat keputusan kelayakan
  • September – Oktober 2023: Berlepas ke Jepun

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma