Waktu Operasi Kaunter JPN Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2021/ 1442H

Untuk makluman anda yang berhasrat untuk berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), waktu operasi kaunter JPN sepanjang bulan Ramadan adalah berbeza berbanding hari biasa. Sepanjang tempoh PKPB & PKPP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang mempunyai temu janji sahaja.

JPN juga ada menyediakan beberapa perkhidmatan yang boleh dilakukan secara atas talian yang mengelakkan kesesakan di kaunter JPN.

Semak jadual waktu operasi kaunr JPN sepanjang bulan Ramadan dan perkhidmatan online JPN di perkongsian bawah.

WAKTU OPERASI KAUNTER JPN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Berikut adalah waktu operasi kaunter JPN sepanjang bulan Ramadan yang telah dikeluarkan oleh pihak JPN:

Waktu Operasi Kaunter JPN Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2021/ 1442H

TEMU JANJI JPN

Seperti dimaklumkan, sebarang urusan di Jabatan Pendaftaran Negara hendaklah melalui permohonan janji temu sepanjang PKP. Ini bermaksud, SEMUA orang yang ingin berurusan di JPN wajib buat temu janji terlebih dahulu sebelum hadir ke JPN.

Permohonan janji temu boleh dibuat secara online bagi urusan di semua pejabat JPN seluruh Malaysia termasuk cawangan UTC. Anda perlu buat permohonan janji temu selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh janji temu dan tertakluk kepada kekosongan.

Rujuk panduan membuat janji temu JPN di bawah:

PERKHIDMATAN JPN SECARA ONLINE

Bagi yang masih belum tahu, JPN ada menyediakan beberapa perkhidmatan pendaftaran secara online bagi memudahkan urusan orang ramai. Antara urusan secara online yang boleh anda lakukan adalah:

Dengan adanya kemudahan secara atas talian dan melalui panggilan telefon ini, orang ramai dinasihatkan untuk gunakan kemudahan yang ada bagi mengurangkan kesesakan berlaku di kaunter JPN.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Cara Pendekkan Nama Di JPN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma