Tawaran Jadi Tutor Sukarelawan Teach For Malaysia (TFM) KPM Buat Graduan & Individu Bekerja 

Pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020 telah menyebabkan banyak gangguan dalam pembelajaran pelajar di negara kita. Penutupan sekolah telah menyebabkan kehilangan pembelajaran dan ketidaksamaan pembelajaran yang ketara di kalangan pelajar di Malaysia dan di seluruh dunia.

Oleh itu, Teach For Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Bimbingan (Tutoring Programme) untuk memberi sokongan kepada pelajar dari sekolah berkeperluan tinggi untuk membantu merapatkan jurang antara pelajar.

Graduan atau individu bekerja yang mampu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 jam seminggu dipelawa untuk menyertai Volunteer Tutor Teach For Malaysia (TFM) yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Volunteer Tutor yang ditawarkan.

KENAPA VOLUNTEER TUTOR DIPERLUKAN?

Pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020 telah menyebabkan banyak gangguan dalam pembelajaran pelajar di negara kita. 1 daripada 5 ibu bapa berpendapatan rendah di Kuala Lumpur melaporkan anak-anak mereka kurang berminat untuk belajar selepas pelaksanaan PKP.

Pelajar yang tidak berkemampuan berisiko ketinggalan dalam pelajaran daripada rakan sebayanya. Manakala pelajar yang berkemampuan mampu “catch up” pembelajaran dengan membayar “private tutor”.

Bagi membantu anak-anak yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan tutor untuk pembelajaran, TFM mempelawa orang ramai yang berminat sertai Volunteer Tutor yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang memenuhi kelayakan berikut adalah dipelawa untuk sertai Volunteer Tutor Teach For Malaysia:

  • Pelajar universiti ATAU graduan ATAU individu bekerja yang berminat dalam pendidikan
  • Mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Mampu bertutur Mandarin & Tamil adalah satu kelebihan)
  • Mampu meluangkan masa minimum 3 jam atau lebih seminggu

Sekiranya anda merupakan golongan di atas, anda dipelawa untuk mohon!

CARA MOHON

Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menjadi Volunteer Tutor TFM boleh buat permohonan sekarang secara atas talian. Permohonan boleh dibuat dengan dengan mengisi borang berikut:

borang permohonan volunteer Tutor tfm

Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke alamat recruitment@teachformalaysia.org. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Volunteer Tutor di pautan tinyurl.com/tfmtutor.

 

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma