Ibu Mengandung Boleh Dapatkan Vaksin Di Klinik Kesihatan, Tak Perlu Tunggu Janji Temu MySejahtera
Untuk makluman anda, wanita hamil kini boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui klinik kesihatan ibu dan anak, tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera. Golongan ini setakat ini tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka boleh mendapatkan temu janji suntikan melalui premis kesihatan ini tanpa melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk in’ di PPV.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penyediaan vaksin terhadap ibu mengandung.
Isi Kandungan
USIA KEHAMILAN YANG SESUAI
Ibu mengandung sesuai diberi vaksin di antara:
- 14 hingga 33 minggu kehamilan
VAKSIN YANG SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG
Sehingga 25 Jun a021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan vaksin keluaran Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca adalah sesuai diambil untuk ibu mengandung dan menyusu:
CARA DAPATKAN VAKSIN IBU MENGANDUNG DI KLINIK KESIHATAN
Ibu mengandung yang ingin dapatkan vaksin tanpa tunggu janji temu MySejahtera dengan langkah berikut:
- Hadir ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak berdekatan
- Buat pertanyaan di kaunter berkenaan vaksin untuk ibu mengandung
- Jika Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak di kawasan anda ada menyediakan vaksin untuk ibu mengandung, anda boleh terus dapatkan suntikan atau buat janji temu (tertakluk kepada klinik)
Contohnya, seorang petugas Klinik Kesihatan Kuala Lumpur melalui ciapan di Twitter mengalu-alukan ibu mengandung di sekitar Kuala Lumpur untuk datang walk in bagi mendapatkan vaksin.
Salam. Sesiapa ibu mengandung (14-33 minggu)/menyusu berdekatan yang tak dapat tarikh vaksin lagi, boleh datang Klinik Kesihatan KL untuk walk in. Banyak lagi kosong ni. Sebar-sebarkan please. Pfizer ni 😎 pic.twitter.com/eIhHegn1j8
— Iz Baidilleh (@faiznazim) August 11, 2021
Baca juga: Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM. Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu
Walaubagaimanapun, ketersediaan vaksin buat ibu mengandung adalah bergantung kepada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di kawasan masing-masing. Orang ramai dinasihatkan untuk hubungi Klinik Kesihatan kawasan terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan vaksin ini.