Usahawan Belia Sejahtera (UBES): Tawaran Geran Perniagaan Sehingga RM5,000

Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan membuat pengambilan perantis “Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES)”. Sekiranya anda merupakan belia yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan mencari cara untuk mengembangkan perniagaan, inilah peluang anda!

Pelbagai kelebihan ditawarkan kepada perantis yang mohon termasuk geran sehingga RM5,000 untuk pembangunan perniagaan. Bukan itu sahaja, belia juga akan dibimbing sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi mengikuti Program Perantis Usahawan Belia Sejahtera (UBES) dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 28 Ogos 2022 (Ahad)

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Antara keistimewaan mengikuti program ini adalah:

  • Latihan dan Bimbingan
  • Geran Peralatan RM5,000
  • Geran Pembangunan Perniagaan sehingga RM2,000
  • Coaching/ Pemantauan Perniagaan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada belia yang berkelayakan seperti berikut:

  • WARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 – 35 tahun.
  • BUMIPUTERA dan beragama ISLAM.
  • RAKYAT TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di
  • luar Terengganu (Perantau).
  • Tahap pendidikan minima SPM.
  • Lengkap 2 dos vaksin.
  • Berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
  • Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan belia yang berminat yang berminat dalam bidang keusahawanan atau ingin mengembangkan perniagaan, anda boleh mohon pengambilan perantis Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES) yang ditawarkan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan di talian 09 6242424.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma