Perkhidmatan Pembaharuan Lesen/ Roadtax Kenderaan Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (JKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/ PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.

Sementara itu, pemilik kenderaan yang LKM telah tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa, jika ingin memandu sebelum berkesempatan untuk memperbaharuinya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembaharuan lesen dan roadtax kenderaan yang anda perlu tahun.

TEMPOH PELANJUTAN PEMBAHARUAN TIDAK DISAMBUNG

Sehubungan itu, tempoh moratorium (pelanjutan pembaharuan) untuk LKM dan LMM adalah TIDAK DISAMBUNG LAGI. Pengecualian pembaharuan lesen ini hanya berkuatkuasa sehingga:

  • Pengecualian pembaharuan: Sehingga 30 September 2021

Selepas tarikh tersebut, tiada lagi pengecualian pembaharuan lesen. Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguatkuasa JPJ dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di lapangan mulai:

  • Aktiviti pemantauan JPJ & PDRM: Mulai 1 Oktober 2021

URUSNIAGA SECARA DALAM TALIAN

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, JPJ menyarankan orang ramai agar membuat urusniaga secara dalam talian melalui portal mySIKAP awam mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG.

Sebarang urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian, orang ramai boleh melakukannya di kaunter JPJ secara temujanji (online appointment/ call in).

Rujuk: Panduan Buat Temujanji Online Untuk Urusan Di JPJ Setiap Negeri

URUSNIAGA JPJ DI PEJABAT POS

Demi menjamin kelancaran dan keselamatan orang ramai pada waktu pandemik Covid-19 ini juga, JPJ telah berbincang dengan pihak POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia. POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula:

  • 9 Ogos 2021

Perkhidmatan Pembaharuan Lesen/ Roadtax Kenderaan Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

Selain itu, JPJ juga akan memastikan bekalan/ stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urusniaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai.

Walaubagaimanapun, orang ramai adalah diingatkan  supaya mematuhi semua SOP Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini. JPJ amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma