Semua Urusan Peperiksaan Online dan Ujian SPA Ditangguhkan Sepanjang Tempoh Lockdown
Bagi menyokong usaha Kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mengurangkan pergerakan calon, panel temuduga dan panel penilai, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN SEMUA URUSAN temuduga dan ujian pada tarikh ditetapkan.
Semua ujian yang terlibat ditangguhkan selaras dengan PKP Fasa 1 atau total lockdown. Pihak SPA mematuhi keputusan Kerajaan dengan mengawal pergerakan urusetia penyelarasan pepeririksaan dalam tempoh ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan ujian SPA.
Isi Kandungan
UJIAN YANG DITANGGUHKAN
Berikut adalah senarai ujian SPA yang DITANGGUHKAN selaras dengan PKP 3.0:
- Ujian peperiksaan
- Ujian bakat
- Ujian Kompetensi dan kecergasan
- Temuduga
TARIKH PENANGGUHAN
Penangguhan ujian dan temuduga adalah selaras dengan PKP 3.0 Fasa 1, iaitu sepanjang tempoh berikut:
- 1 Jun hingga 14 Jun 2021
Penjadualan semula tarikh bagi semua urusan terlibat akan dimaklumkan melalui emel. Calon juga boleh menyemak urusan berkenaan melalui Portal Rasmi dan FB SPA. Calon diminta untuk sentiasa bersedia sebelum mendapat tarikh baharu untuk urusan temuduga atau ujian nanti.
Bagi calon yang bakal hadir temuduga, jangan lupa untuk lengkapkan MyResume SPA anda terlebih dahulu! Ramai calon yang leka dengan perkara ini, rujuk panduan lengkapkan MyResume SPA sekarang.
Sebarang pertanyaan dan adua boleh disalurkan terus melalui Sistem ePertanyaan SPA.