Pemohon i-Lestari, Sila Jawab Call Dari 03-89224000 Untuk Urusan Pendaftaran Akaun Anda. Bukan Scam Ya
PENTING! Buat pemohon i-Lestari, jika anda menerima panggilan daripada talian 03-89224000 sila jawab panggilan anda bagi urusan berkaitan pengeluaran akaun 2 anda.
KWSP telah menerima permohonan pendaftaran i-Akaun anda dan akan membuat panggilan susulan sehala melalui 03 89224000. Anda dinasihatkan untuk tidak hubungi nombor tersebut kerana ia adalah untuk panggilan sehala sahaja.
AMBIL PERHATIAN. Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor ini, ia adalah SAH daripada pihak KWSP dan ejek KWSP akan memperkenalkan diri sebelum perbualan dimulakan.
Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari 8 pagi hingga 7 malam.
KWSP mungkin akan mengalami kesesakan talian berikutan dengan permohonan yang diterima adalah banyak. Jadi pemohon diminta sabar dan tunggu panggilan daripada pihak KWSP.
Sila pastikan nombor yang diterima untuk urusan i-Lestari adalah daripada 03-8922 4000 SAHAJA. Elakkan daripada ditipu oleh talian lain yang cuba menyamar sebagai ejen KWSP. Untuk memudahkan urusan pendaftaran anda, sila pastikan anda menjawab panggilan daripada nombor tersebut.