Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu Yang Tamat Tempoh Dari 1 Jun – 31 Julai 2021

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya telah memaklumkan kelonggaran pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021. Kelonggaran ini diberi berikutan pelaksanaan lockdown seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Kaunter JPJ yang dibuka dengan bilangan petugas kaunter tidak melebihi 20% hanya melibatkan urusniaga kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu sahaja. Orang ramai yang ingin memperbaharui lesen boleh tangguhkan dulu hasrat tersebut sehingga tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembaharuan lesen memandu dan pengoperasian kaunter JPJ sepanjang tempoh lockdown.

KELONGGARAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU

  • Kelonggaran pembaharuan lesen adalah melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021
  • Pembaharuan lesen bagi lesen yang tamat tempoh dalam tempoh tersebut boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021
  • Orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.

Baca: Panduan Lengkap Renew/Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian

Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu Yang Tamat Tempoh Dari 1 Jun - 31 Julai 2021

URUSNIAGA DIBENARKAN DI KAUNTER JPJ

Urusniaga yang dibenarkan adalah yang melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) yang memerlukan rentas negara seperti berikut:

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Pendaftaran Baharu
  • Pengeluaran Salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan Maklumat Kenderaan sahaja
  • Pembaharuan PSV dan GDL
Nota: Semua urusan adalah secara temujanji (manual) sahaja dan walk ini tidak dibenarkan.
Pengoperasian semua pejabat JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara adalah ditutup sepanjang tempoh lockdown.
Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu Yang Tamat Tempoh Dari 1 Jun - 31 Julai 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma