Ujian Pengesanan Covid-19 (RT-PCR) Percuma Buat Bakal Jemaah Haji 

Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini telah memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang Jemaah Haji kepada Malaysia. Bagi memastikan operasi haji dilaksanakan dengan selamat dan lancar, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat susulan daripada pandemik Covid-19.

Dalam hal ini, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua Jemaah Haji perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran bagi ujian pengesanan Covid-19 kepada bakal Jemaah Haji di Malaysia.

PENGECUALIAN BAYARAN UJIAN PENGESANAN COVID-19

KKM telah bersetuju agar ujian pengesanan Covid-19 dikecualikan daripada bayaran dan dilaksanakan secara percuma kepada:

  • Jemaah Haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti KKM

Kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh Jemaah Haji mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih bagi:

  • Jemaah Haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan di fasiliti kesihatan swasta

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, Jemaah Haji boleh menghubungi:

  • Pejabat Kesihatan Daerah; atau
  • Pejabat Tabung Haji Daerah; atau
  • Fasiliti Kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR)

Baca juga: Cara Mohon Insentif Haji Muassasah & Terima RM500 Serta Kit Cenderamata Buat Bakal Jemaah Haji

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma