Ujian Lasak Terbuka Pengambilan Jawatan DBKL, Hadir Dengan Minima Sijil SPM
Berminat nak jadi salah seorang daripada anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? DBKL mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri Ujian Lasak Terbuka bagi pengambilan jawatan bertaraf kontrak/ tetap seperti yang diiklankan.
Bagi calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke lokasi dinyatakan pada 14 Disember 2022 dengan berpakaian mengikut panduan ditetapkan. Setiap calon mestilah hadir bersama dokumen-dokumen dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri Ujian Khas Temuduga.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Nama jawatan: Pembantu Penguat Kuasa KP19 (Lelaki/ Wanita)
- Taraf jawatan: Kontrak/ tetap
- Jumlah kekosongan: 127
- Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00
SYARAT KELAYAKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja dipertimbangkan bagi jawatan ditawarkan:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
pelajaran yang lain; atau - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan
memuaskan; atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran
termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata
pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa
bersepatu; - Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja); - Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; - Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Slip keputusan SPM tidak diterima)
- Sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19
- Lesen memandu kelas B2/ D
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
Semua dokumen salinan yang dinyatakan perlu disahkan oleh Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat/ Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa/ Penghulu/ Temenggung/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Pengerusi JKKK/ ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/PPM.
MAKLUMAT UJIAN
- Tarikh ujian terbuka: 14 Disember 2022
- Lokasi Ujian: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razak 56000 Cheras Kuala Lumpur
- Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
PANDUAN HADIR UJIAN KHAS TERBUKA
Calon mestilah hadir ke ujian khas terbuka dengan ikut panduan berikut:
- Berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track button) berwarna hitam dan kasut sukan
- Bawa bersama dokumen asal dan salinan dinyatakan di atas
Kegagalan calon hadir dengan ikut panduan tersebut mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka ini.
Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.