Senarai Jawatan SPA Yang Ada Ujian Fizikal & Pancaindera Serta Syarat Lulus Ditetapkan
Ujian Fizikal SPA merupakan satu ujian di mana fizikal dan pancaindera calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menyaring calon yang layak menjawat jawatan dari segi fizikal diri.
Ujian fizikal dan pancaindera SPA bukan sahaja melibatkan pemeriksaan ukuran badan, malah melibatkan pengukuran tahap penglihatan, pendengaran dan gaya berjalan.
Setiap kriteria calon diambil kira bagi sesuatu jawatan dan calon perlulah lulus dengan memenuhi syarat ditetapkan untuk ke tapisan seterusnya.
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang mensyaratkan pemeriksaan fizikal dan pancaindera:
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
- Pegawai Siasatan Gred P41
- Penolong Pegawai penguatkuasa Gred KP29
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Pegawai Kesatria Gred S41
- Penolong Pegawai Kesatrian Gred S29
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pegawai Keselamatan Gred KP41
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Penguasa Penjara Gred KA41
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Pegawai Penjara Gred KA19
- Penguasa Bomba Gred KB41
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Pegawai Bomba Gred KB19
- Penguasa Imigresen/ Penolong Penguasa Imigresen (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Leftenan Muda Maritim Gred T13
- Bintara Muda Maritim Gred T5
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
Dalam ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera, berikut adalah perkara yang diiuji:
a) Pemeriksaan Ukuran Badan
- Ketinggian
- Berat Badan
- BMI
- Ukuran Dada
b) Pemeriksaan Penglihatan
- Jarak Penglihatan “Visual Acuity” 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact lense”).
- Calon KPSL dikecualikan
- Pengecaman warna dan nombor
c) Pemeriksaan Pendengaran
d) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
- Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
- Berkawad
SYARAT UKURAN FIZIKAL
Calon yang menjalani ujian pemeriksaan fizikal dna pancaindera mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat kelulusan ini digunakan dalam kebanyakan jawatan. Untuk syarat yang lebih terperinci bagi jawatan tertentu, anda boleh semak DI SINI. Bila dah memenuhi syarat fizikal yang ditetapkan, calon bolehlah ke tapisan seterusnya iaitu temuduga dan selanjutnya.
Semoga bermanfaat!