Anda Boleh Buat Tuntutan PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit. Ini Syaratnya

Anda merupakan pekerja dan pencarum PERKESO? Selain daripada tuntutan PERKESO sekiranya berlaku kemalangan, sebenarnya anda juga boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC). Ramai yang tak tahu kan?

Di bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Dengan adanya skim ini lah yang membolehkan pekerja buat tuntutan duit dari PERKSO untuk pelbagai situasi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa situasi yang membolehkan pekerja tuntut PERKESO.

SITUASI TUNTUTAN SKIM BENCANA PEKERJAAN

Skim Bencana Pekerjaan membolehkan pekerja membuat tuntutan bagi situasi berikut:

  • Diberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)
  • Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)
  • Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)

SYARAT TUNTUT BAYARAN CUTI SAKIT

Pekerja boleh buat tuntutan bayaran untuk cuti sakit sekiranya:

  • Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
  • Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan untuk urusan kerja seperti keluar jumpa client, hantar barang dan sebagainya
  • Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat berehat / lunch break
  • Mendapat rawatan di klinik panel berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan

TUNTUTAN MC (CUTI SAKIT) – FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

Pekerja boleh dapatkan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya mengambil cuti sakit yang memenuhi syarat:

  • Kecederaan menyebabkan pekerja terpaksa bercuti sekurang-kurangnya 4 hari
  • Tiada hari yang kita ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut
  • Penyakit yang berlaku disebabkan oleh pekerjaan (Contohnya penyakit asma akibat terdedah di tempat kerja)

KADAR BAYARAN TUNTUTAN

Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

Untuk pengetahuan anda, hanya sakit yang disebabkan oleh kerja sahaja boleh buat tuntutan. Jika anda cuti sakit sebab demam, selsema batuk atau sebagainya adalah tidak layak untuk buat tuntutan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda tahu syarat untuk buat tuntutan PERKESO. Anda boleh baca juga Cara Buat Tuntutan PERKESO Sekiranya Berlaku Kemalangan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma