Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Jika Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan

Memandangkan ramai pengguna yang terlupa kata laluan MyBPR iaitu akaun untuk permohonan atau kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), LHDN kini telah memaklumkan pemohon boleh menukar kata laluan MYBPR mereka secara dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.

Sebelum ini, pengguna boleh reset kata laluan MyBPR dengan menjawab 3 soalan keselamatan yang ditanya ketika reset kata laluan ataupun terus hadir ke cawangan LHDN bagi yang terlupa jawapan soalan keselamatan tersebut. Rupanya ramai yang terlupa jawapan bagi soalan keselamatan yang ditanya!

Bagi yang terlupa anda tidak perlu hadir lagi ke pejabat LHDN, buat di rumah sahaja secara online dengan langkah-langkah yang dikongsikan oleh pihak LHDN di perkongsian bawah.

CARA TUKAR KATA LALUAN MYBPR SECARA ONLINE

Tindakan set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut:

  1. Layari laman https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik LOG MASUK
    Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Bagi Yang Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan
  3. Klik TERLUPA KATA LALUAN
    Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Bagi Yang Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK
    Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Bagi Yang Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan
  5. Masukkan alamat email yang telah didaftarkan dan klik SETERUSNYA
    Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Bagi Yang Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan
  6. Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan
    Tukar Kata Laluan MyBPR Secara Online Sahaja Bagi Yang Tak Ingat Jawapan Soalan Keselamatan

Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui email yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.

Namun demikian LHDN berkata, bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana kaunter perkhidmatan BPR yang berhampiran.
Semak:  [Rasmi] Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Semua Kategori

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma