Senarai Tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ 

Berminat nak jadi salah seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Baru-baru ini JPJ ada membuka pengambilan jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ. Calon yang berkelayakan boleh lah buat permohonan! Pasti ramai yang berminat nak jadi anggota JPJ dan tertanya-tanya apa tugas bagi jawatan ini kan?

Untuk makluman anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasminya ada kongsikan senarai lengkap tugas jawatan Pegawai Penguat Kuasa JPJ. Tak perlu susah-susah ke laman web SPA, anda boleh semak tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ di perkongsian ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ dan proses pengambilan jawatan tersebut.

SENARAI TUGAS PEGAWAI PENGUAT KUASA KP41 JPJ

Tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ adalah bertanggungjawab menguatkuasakan:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
  • Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan

Selain bertanggungjawab menguatkuasakan hal di atas, Pegawai Penguat Kuasa JPJ juga:

  • Mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta
  • memberi khidmat nasihat,
  • memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

SYARAT KELAYAKAN

Dah semak senarai tugas Pegawai Penguat Kuasa JPJ dan berminat untuk jadi salah seorang daripadanya? Pastikan anda semak dulu syarat untuk jadi Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.; atau
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon juga mestilah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI PENGUAT KUASA JPJ

Sekiranya anda berminat untuk jadi salah seorang Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ, anda boleh buat permohonan bila-bila masa sahaja melalui laman permohonan SPA9. Proses pengambilan jawatan ini adalah seperti berikut:

Permohonan Melalui SPA9

Untuk makluman anda, permohonan jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ adalah dibuka SEPANJANG MASA. Namun pengambilan adalah tertakluk kepada iklan kekosongan semasa. Walaubagaimanapun, jika anda berminat dengan jawatan ini, anda boleh buat permohonan sekarang. Rujuk panduan permohonan jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41 JPJ di bawah:

PANDUAN MOHON JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA JPJ

Tapisan Kelayakan

Apabila pihak JPJ ada membuat pengambilan, calon yang telah mohon jawatan melalui SPA9 akan ditapis. Calon yang berjaya melepasi tapisan atau berkelayakan akan menerima status “Melepasi Tapisan Semasa” di laman semakan SPA9.

Ujian Psikometrik

Tahniah sekiranya anda melepasi tapisan! Calon akan dipanggil untuk duduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik. Jika anda nak berjaya mendapat lantikan, pastikan anda LULUS Ujian Psikometrik ini dahulu. Sekiranya anda mendapat panggilan Ujian Psikometrik, anda boleh rujuk contoh soalan di bawah:

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PENGUAT KUASA JPJ

Ujian Fizikal & Pancaindera

Calon yang berjaya LULUS Ujian Psikometrik akan dipanggil untuk ke peringkat tapisan seterusnya, iaitu Ujian Fizikal dan Pancaindera.

Baca: Pernah Lulus Ujian Fizikal, Calon Ini Kongsi Pengalaman & Tips Persediaan Ujian Fizikal SPA

Temuduga

Sekiranya calon LULUS ujian fizikal, calon akan dipanggil untuk sesi temuduga. Hanya calon yang BERJAYA temuduga sahaja akan mendapat lantikan.

Semoga bemanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma