Graduan Pointer Rendah? Ini 5 Cara Tonjolkan Diri Untuk Lulus Temuduga
Anda graduasi dengan pointer CGPA biasa-biasa sahaja atau rendah? Pointer yang rendah tidak bermakna anda tidak boleh buat kerja! Namun, nak memasuki pasaran kerja dengan pointer yang rendah, graduan mestilah tonjolkan diri semasa temuduga.
Anda mesti yakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon pekerja yang terbaik untuk syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga tidak memandang pointer pun. Apa yang dipandang adalah kebolehan bekerja.
Tidak ada gunanya kalau pointer tinggi tetapi tak tahu buat kerja! Bagi yang pointer rendah, ini tips untuk anda lulus temuduga kerja.
Isi Kandungan
TIP LULUS TEMUDUGA
Kuasai Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang paling dicari oleh setiap syarikat pada masa kini. Tonjolkan kemahiran anda berkomunikasi ketika temuduga. Macam mana nak tunjukkan bahawa anda ada kemahiran berkomunikasi?
Caranya adalah dengan yakin ketika bercakap dan dan menggunakan fakta yang tepat. Ambil sedikit masa untuk buat sedikit kajian mengenai syarikat dan jawatan yang dipohon. Pastikan anda dapat jawab setiap soalan yang diajukan dengan yakin.
Berpengetahuan
Sebelum temuduga, pastikan anda tahu info-info semasa dan terkini yang berlaku dalam dan luar negara. Ketahui juga teknologi-teknologi terkini dan mengenai skop tugasan jawatan yang dipohon.
Calon yang berpengetahuan adalah yang paling dicari oleh majikan. Sekiranya anda berpengatahuan, automatik anda akan petah menjawab soalan.
Baca juga: Tak Tahu Jawab Soalan Temuduga, Ini 4 Strategi Yang Boleh Calon Guna
Berkeyakinan
Walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan yang luas, apa yang paling penting adalah yakin dalam menjawab setiap soalan. Ini adalah satu kelebihan yang dicari oleh majikan.
Walaupun majikan melihat calon tidak bersedia menjawab soalan atau gagal menggunakan fakta yang betul, namun dengan keyakinan yang calon anda pasti akan membuatkan majikan tertarik. Namun jangan pula anda terlalu yakin putar belit fakta!
Kemahiran Berhujah
Kadang-kadang ada taktik majikan yang suka selongkarkan perangai negatif dengan mengajak calon berbincang topik yang akan menyebabkan calon tidak bersetuju dan menyuarakan rasa tidak puas hati di hadapan penemuduga.
Ketika anda diuji dengan perbincangan sebegini, pastikan anda elakkan daripada keluar cerita yang negatif walaupun anda provok dengan soalan dan topik yang tidak sepatutnya.
Berhujah dengan bijak dengan menggunakan pengetahuan yang anda ada. Sebab itulah penting untuk anda baca perkara-perkara yang berkaitan dengan jawatan sebelum hadir temuduga.
Baca juga: Cara “Ramal” Soalan Temuduga Kerja Yang Bakal Ditanya Oleh Panel. Ini Rahsianya
Kekalkan Senyuman dan Ucap Terima Kasih
Dah habis temuduga? Jangan sesekali lupa senyum dan ucapkan terima kasih atas masa dan peluang yang diberi untuk temuduga. Mana tahu senyuman manis anda adalah punca anda lulus temuduga?
Ketika jawab setiap soalan temuduga juga anda patut kekalkan senyuman, namun jangan keterlaluan. Cukup hanya sekadar senyuman manis.
Graduan kena ingat, pointer adalah bukan pengukur kepada kemampuan seseorang bekerja. Namun untuk yakinkan majikan bahawa anda LAYAK bekerja adalah satu perkara yang agak sukar. Gunakan tips-tips di atas sebagai panduan untuk anda lulus temuduga nanti.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Jangan Sesekali Lakukan 17 Perkara Ini Jika Anda Nak Lulus Temuduga Kerja