Calon Temuduga Pendidikan, Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu Jika Nak Lulus

Tahniah! Jika anda dapat ditawarkan untuk menghadiri temuduga dalam program pendidikan. Bukan mudah untuk seseorang melepasi syarat kelayakan bagi dipanggil untuk temuduga program  ini. Namun pastikan anda membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi temuduga yang akan datang.

Cabaran untuk merebut kuota tempat yang disediakan dalam program ini lebih mencabar berbanding program lain kerana dalam temuduga program ini anda perlu menonjolkan kemahiran berkomunikasi yang baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam program pendidikan yang dipohon dan kelihatan berkeyakinan .

Jadi bagi membantu anda membuat persediaan, di bawah telah dikongsikan tips temuduga sebelum dan semasa anda menghadiri temuduga serta punca kenapa anda gagal dalam temuduga.

TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai temuduga yang anda perlu tahu sebagai persediaan awal.

  • Sesi temu duga dijalankan sekiranya calon telah melepasi kelayakan akademik atau syarat minimum untuk sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan. Satu sesi temuduga akan dikendalikan dalam masa 10 hingga 30 minit.
  • Panel temuduga adalah pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula masuk ke bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak geri dan pertuturan calon diperhatikan.

Baca: Etika Masuk Ke Bilik Temuduga & Mengundur Diri Selepas Temuduga Kerajaan

PROSES TEMUDUGA

Tips temuduga program pendidikan_

Berikut merupakan langkah-langkah/proses yang harus dan akan dilalui oleh calon dalam temuduga:

  1. Melapor diri pada petugas di hadapan bilik temuduga. Sila hadir pada waktu yang ditetapkan. Ketidakhadiran menandakan temuduga anda gagal.
    (Tip: Berpakaian kemas seperti seorang guru)
  2. Ujian rabun warna dijalankan sebelum bermula soal jawab temuduga (sama ada di luar atau di dalam bilik). Sesetengah program seperti Elektrik & Elektronik tidak membolehkan calon rabun warna mengikut programnya.
  3. Masuk ke bilik temuduga dengan sopan dan serahkan dokumen sokongan seperti sijil aktiviti dan akademik.
    (Tip: Susun dokumen dengan kemas dan cermat ikut kronologi masa)
  4. Duduk di kerusi setelah dibenarkan panel.
    (Tip: Cara anda bergerak dari saat anda masuk ke bilik hingga duduk juga dinilai oleh panel kerana ia menggambarkan perwatakan anda)
  5. Ketepikan sebarang gangguan seperti beg tangan, gajet dengan meletakkannya di sisi kerusi
    (Tip : Gangguan seperti pen di tangan mengundang reaksi luar sedar seperti pen dipusingkan seperti helikopter, jari mengetik hujung pen dan sebagainya)
  6. Duduklah dengan tegak dan yakin, telapak tangan di atas peha.
    (Tip: Jangan goyangkan kaki kerana ia menunjukkan keyakinan anda yang rendah. Berpeluk tubuh amatlah ditegah.)
  7. Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab persoalan yang diajukan dalam BM.
    (Tip 1: Jangan campur adukkan penggunaan English dan BM)
    (Tip 2: Gunakan tangan dengan gaya yang betul untuk menerangkan sesuatu hujah, jangan terlalu kaku)
  8. Gunakan English sepenuhnya jika soalan diajukan dalam English kerana salah satu komponen penilaian ialah kebolehan berkomunikasi dalam English.
    (Tip: Beranikan diri untuk menyampaikan idea dalam BI. Panel tidak menilai tatabahasa ayat tetapi keberanian serta idea yang ingin disampaikan)

KAEDAH PENILAIAN YANG DILAKUKAN OLEH PANEL

Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang akan dilakukan panel dalam menilai kebolehan calon semasa temuduga. Berikut adalah kaedah penilaian tersebut:

  •  Mock-teaching
    Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar.
    (Tip: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar).
  • Debat
    Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel.
    (Tip: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang.)
  • Uji bakat
    Calon diminta menyatakan rukun negara,berlakon dan lain2
    (Tip: Lakukanlah tanpa segan silu dengan penuh yakin)
  • Isu semasa
    Lengkapkan diri anda dengan isu-isu semasa pendidikan.
    (Tip: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara).
  • Pengetahuan bidang yang dipohon
    Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon.
    (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

PUNCA-PUNCA GAGAL TEMUDUGA

Berikut adalah punca-punca yang boleh menyebabkan anda gagal temuduga:

  • Isytihar terang-terangan tidak meminati program ISMP, mungkin atas desakan keluarga dan sebagainya
  • Menolak untuk melakukan simulasi pengajaran/uji bakat
  • Tidak berupaya untuk berhujah atau jawapan diberikan semasa temuduga tidak munasabah
  • Tiada ciri-ciri pendidik. (seperti suara tak kedengaran sayup-sayup bunyinya, gugup yang keterlaluan, kusut, selekeh)
  • Anda lulus temuduga, cuma kuota program telah dipenuhi dengan calon yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih baik.

Baca juga: Calon Ini Kongsi Pengalaman Hadir Sesi Temuduga Guru MRSM. Panduan Berguna Buat Anda

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan kepada anda sebagai persediaan menghadapi temuduga kelak. Jangan terlalu seronok jika dipanggil temuduga kerana beribu calon yang ditemuduga dan hanya suku atau 10 peratus sahaja daripadanya yang ditawarkan tempat untuk program berkenaan.

Jadikan tips ini sebagai panduan anda untuk melakukan persediaan supaya anda menjadi antara yang bertuah ditawarkan program yang anda idamkan.

Sumber 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma