Tips Pemilihan Pakaian Agar Imej Kelihatan Lebih Profesional

Kenapa perlu kelihatan profesional? Ini adalah supaya anda tidak dipandang rendah hanya melalui penampilan anda. Tidak kira ke acara jenis apa yang anda hadiri, pemakaian profesional adalah penting untuk sentiasa kelihatan bijak.

Antara acara atau tempat yang anda perlu hadir dengan pemakaian profesional adalah seperti temujanji, temuduga, acara tahunan syarikat, dinner syarikat, perjumpaan orang penting dan lain-lain.

Bagi yang tak tahu macam mana nak kelihatan profesional, anda boleh ikut tips-tips di bawah.

TIP PEMILIHAN PAKAIAN PROFESIONAL

1 Ketahui Kod Pemakaian

Setiap tempat dan majlis pasti mempunyai kod pemakaian yang berbeza. Sama ada kod pemakaian telah ditetapkan secara spesifik seperti dalam manual ataupun tidak, Pastikan pemakaian anda sesuai dengan setiap majlis dan tempat.

Memakai pakaian yang sesuai dengan kod pemakaian yang telah ditetapkan akan menandakan bahawa anda seorang yang profesional dan mengikut prosedur. Cuba bayangkan jika kod pemakaian sesuatu majlis adalah bertemakan ”Bollywood”, tetapi anda pakai baju kurung. Kan tak kena tu?

2 Pilih Untuk Bersederhana

Pemakaian di pejabat sebagai contoh, adalah bukan tempat yang sesuai untuk baju yang terlampau ketat ataupun memakai baju hanya separuh butang. Pilih pemakaian yang lebih sederhana, tidak keterlaluan dan nampak lebih profesional, sesuai dengan tempat.

3 Tampil Berpakaian Lebih Dari Difikirkan

Tips ini sesuai jika anda merancang untuk sebarang temujanji, temuduga ataupun menghadiri majlis kenamaan. Pastikan tona warna dan aksesori yang dikenakan sesuai seperti solekan, jam dan lain-lain.

Jika anda terbiasa dengan pakaian yang terlalu simple, cuba hadir ke acara penting dengan penampilan yang lebih menarik dan luar dari zon selesa anda. memang tidak dinafikan, ada juga sesetengah orang yang tidak berani untuk menggayakan sesuatu yang baru atau yang tidak biasa mereka kenakan.

Baca juga: Tips Pemilihan Warna Pakaian Yang Sesuai Untuk Calon Wanita Hadir Temuduga

4 Fokus Pada Detail

Ianya adalah pada detail yang akan membuatkan anda tampil kemas dan profesional.  Contohnya anda sudah memakai suit yang bagus dan sesuai, tetapi ada pula bulu kucing atau kotoran ketara pada suit tersebut. Secara automatik anda kelihatan tidak profesional dan tidak kemas. Ambil sedikit masa untuk periksa baju anda secara detail untuk hadir ke acara penting.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tips Pemakaian Lengkap Buat Calon Lelaki Untuk Hadir Temuduga Yang Pasti Menarik Minat Penemuduga

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma