5 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan Yang Sesiapa Pun Boleh Buat
Sebut sahaja Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ringkasannya LHDN, pasti ada yang sudah mula gelisah kerana ia berkait rapat dengan cukai. Tambahan pula bagi individu yang sudah mula menjana pendapatan lebih dari RM36,000 setahun. Jangan gelisah, tolong jangan lari dari bayar cukai kerana anda boleh dapatkan pelepasan cukai semaksima mungkin.
Perkongsian ini khas untuk anda yang menghadapi masalah jumlah cukai yang terlalu besar, terlebih bayar atau mungkin ini pertama kali anda hendak bayar cukai dan nak tahu pelepasan cukai yang disediakan untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Jika anda bijak mengikuti tips-tips yang akan dikongsikan ini, sebenarnya anda boleh mendapat pelepasan cukai yang banyak.
Isi Kandungan
5 CARA DAPATKAN PELEPASAN CUKAI YANG MAKSIMA
Buat Pemeriksaan Kesihatan
Jika anda seorang yang tidak begitu rajin untuk membuat pemeriksaan kesihatan, jangan terlalu yakin bahawa anda sihat sepenuhnya jika tiada apa-apa simptom. Tidak rugi pun untuk buat pemeriksaan dan anda tidak perlu risaukan kosnya kerana anda boleh dapat pelepasan cukai pendapatan anda melalui bukti pemeriksaan kesihatan anda. Namun, pemeriksaan tersebut tidak boleh boleh lebih daripada RM500.
Jika anda mempunyai penyakit serius, anda boleh dapatkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 untuk perbelanjaan penyakit serius. Semak senarai penyakit serius yang boleh dapatkan pelepasan cukai LHDN DI SINI.
Beli Telefon Baru, Resit Jangan Buang
Jenis pelepasan cukai ini adalah pembelian berkaitan gaya hidup dan anda boleh dapatkan jumlah pelepasan cukai sehingga RM2,500 yang penting resit yang anda beli telefon tersebut jangan buang. Pelepasan cukai ini bukan untuk telefon pintar semata-mata. Terdapat pelbagai pembelian lain yang berkaitan dengan gaya hidup yang anda boleh dapatkan pelepasan cukai di bawah kategori ini, iaitu:
- Buku, majalah dan akhbar bercetak (kecuali bahan bacaan terlarang)
- Komputer peribadi, telefon pintar atau tablet
- Peralatan sukan (kecuali basikal bermotor)
- Bayaran langganan internet bulanan
- Bayaran keahlian gym
Ambil Insurans Perubatan Dan Pendidikan
Jika anda ada ambil insurans perubatan dan pendidikan untuk diri anda, lebih banyak pelepasan cukai yang akan anda terima. Kerajaan berikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 (nilai gabungan) untuk insurans perubatan dan pendidikan anda.
Tidak perlu teragak-agak untuk ambil insurans perubatan kerana insurans ini sangat penting untuk menjamin masa depan anda! Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang, jadi lebih baik anda ambil insurans.
Bagi Duit Kepada Ibu Bapa
Bagi duit belanja kepada ibu bapa pun anda boleh dapat pelepasan cukai tau! Ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh dapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 (terhad kepada RM1,500 untuk setiap ibu dan bapa) untuk perbelanjaan harian ATAU sehingga RM5,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu bapa.
Anda hanya boleh claim salah satu daripada pelepasan cukai untuk ibu bapa. Yang penting sekali, anda perlu simpan resit-resit perbelanjaan atau perubatan ibu bapa anda untuk dapatkan pelepasan cukai.
Claim KWSP dan Insurans Hayat
Potongan KWSP sangat penting untuk tabungan hari tua anda, jadi jangan pernah merasa rugi untuk membuat potongan tersebut! Anda juga akan dapat manfaat pelepasan cukai untuk potongan KWSP dan juga bayaran premium insuran hayat anda sehingga RM6,000 (nilai gabungan).
Ini ramai yang tidak tahu. Sebenarnya anda boleh claim sehingga 60% daripada jumlah premium insurans hayat yang ada rider untuk Penyakit Kritikal. Jenis pelepasan cukai yang anda boleh dapat adalah untuk insurans dan perubatan sebanyak RM3,000.
Secara ringkasnya, jika anda sudah claim pelepasan cukai untuk potongan KWSP sebanyak RM6,000, anda tidak boleh claim pelepasan cukai untuk premium tahunan insurans hayat di bawah kategori KWSP/insurans hayat.
Tetapi jika insurans hayat anda ada rider untuk Penyakit Kritikal, anda boleh claim pelepasan cukai untuk premium insurans anda. Pastikan anda semak dulu dan confirmkan anda boleh claim 60% daripada jumlah premium tahunan insurans hayat anda di bawah pelepasan cukai kategori insurans perubatan yang berjumlah RM3,000.
101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI
Ini baru sedikit pelepasan cukai yang boleh anda dapat. Terdapat pelbagai lagi tips untuk anda dapatkan pelepasan cukai tanpa sesiapa pun sedar tersembunyi di sebalik setiap perbelanjaan kita. Nak tahu lebih lagi rahsia dapatkan pelepasan cukai yang ramai tidak tahu?
Seorang akauntan dan juga perunding cukai bertauliah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kini berhasrat untuk kongsikan rahsia ini kepada anda bagi mendapatkan penjimatan maksima! Anda boleh dapatkan ebook penulisannya iaitu ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai.
BAGAIMANA EBOOK INI MEMBANTU PENJIMATAN CUKAI?
Dengan pengalaman dalam bidang percukaian selama hampir 2 dekad, penulis telah berhadapan dengan pelbagai kes dan isu cukai pendapatan daripada peniaga pasar malam sehinggalah syarikat dan badan korporat.
Melalui pengalaman dan ilmu yang beliau ada, semuanya akan dikongsikan dalam ebook ini bagi anda mendapat pelepasan cukai semaksima mungkin bagi semua jenis perniagaan dan individu.
Melalui ebook ini, anda akan dibantu untuk:
- Didedahkan dengan apakah jenis pendapatan yang DIKECUALIKAN cukai.
- Tidak lagi perlu mencari apakah pelepasan cukai yang boleh dituntut dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan.
- Merancang sendiri bagaimana memastikan beban cukai berkurangan tanpa perlu melanggar undang-undang.
- Mengira sendiri cukai pendapatan anda selepas ini dan tahu bagaimana mahu mengelakkan diri dari dikenakan penalti.
- Tiada lagi perasaan takut dan bimbang untuk tampil melaporkan pendapatan yang selama ini membelenggu ramai orang.
- Membantu meningkatkan kekayaan melalui pemilikan aset menggunakan laporan dan bayaran cukai yang disediakan pada masa yang sama mengelak dari melakukan kesalahan dibawah undang-undang agar tidak dikenakan penalti dan mengalami kerugian.
KANDUNGAN EBOOK 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI
Dalam e-book yang dikarang khas untuk anda yang bakal membayar cukai dan sedang pening kepala membuat kira-kira, anda akan pelajari 101 pendedahan ilmu pengurangan cukai antara tajuknya:
- Manfaat Menjadi Seorang Pembayar Cukai
Ketahui 6 kelebihan menjadi pembayar cukai yang sebenarnya menguntungkan anda dan bisnes anda. Anda juga diberikan carta alir panduan pendaftaran cukai pendapatan secara online. - Simpan Rekod Anda
Ketahui lebih 20 jenis rekod atau penyata yang wajib anda simpan jika anda mahu menggunakan sepenuhnya fasiliti pengurangan cukai - Tak Semua Pendapatan Dikenakan Cukai
Ketahui 13 jenis pendapatan yang dikecualikan daripada dikenakan cukai. - Yuran Pendidikan – Belajar Sampai Liang Lahad
Jika anda sedang melanjutkan pelajaran, ketahui jumlah maksimum pelepasan yang anda boleh masukkan. - Pelepasan Gaya Hidup – Jangan Terlebih Gaya Sudahlah
5 pelepasan cukai terhadap pembelian atau langganan tertentu yang boleh dituntut. - Derma Dibenarkan – Faedah Dunia Akhirat
Ketahui bagaimana untuk menuntut pengurangan cukai melalui derma-derma yang telah dilakukan - Dan banyak lagi kaedah dan cara-cara yang dapat mengurang cukai
FAHAMI SEGALA INSENTIF DAN GALAKKAN CUKAI TERKINI UNTUK MENJIMATKAN CUKAI YANG DIKENAKAN
Anda bukan sahaja akan mengetahui cara untuk kurangkan cukai secara sah, anda juga akan fahami beberapa perkara berikut:
- Mengurangkan risiko audit dan penyiasatan
- Memahami insentif dan galakan cukai terbaru berdasarkan Bajet 2019 & 2020 yang diberikan oleh pihak kerajaan dan sepatutnya tidak harus dilepaskan
- Mengetahui kadar cukai yang dikenakan secara jelas
- Apakah perancangan yang boleh dilakukan
- Membantu meningkatkan kekayaan melalui pemilikan aset menggunakan laporan dan bayaran cukai yang disediakan pada masa yang sama mengelak dari melakukan kesalahan dibawah undang-undang agar tidak dikenakan penalti dan mengalami kerugian.
GOLONGAN YANG WAJIB MILIKI EBOOK 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI
Golongan ini wajib miliki ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai dan Tip Jimatkan Cukai Bisnes ini untuk mendapatkan penjimatan bayaran cukai semaksima mungkin.
- Pemilik Perniagaan
- Pengarah Syarikat
- Pengurus Akaun / Kewangan
- Peniaga Online
- Pekerja / Eksekutif
- Perunding takaful / Ejen / Wakil Jualan
- Sesiapa sahaja yang menjana pendapatan.
BONUS KHAS
Anda bukan sahaja akan dapat 2 ebook berkaitan penjimatan cukai, anda juga akan dapat 8 Video Rakaman huraian yang lebih terperinci.
Video 1- Pengenalan
Video pengenalan ini menerangkan apa yang perlu anda tahu untuk video-video seterusnya. Anda akan didedahkan kepada 5 perkara penting dalam aktiviti penjimatan cukai.
Video 2- Dari Mana Nak Mula
Dalam video ini, anda akan didedahkan jumlah minimum pendapatan yang dikenakan cukai, apa itu PCB, bagaimana mendaftar fail cukai dan dokumen bukti pendapatan bagi gaji mahupun komisen. Anda juga didedahkan dengan fail khas cukai peribadi.
Video 3 – 6 Kesilapan Yang Sering Dilakukan
Ketahui jenis taksiran yang sesuai, Jenis-jenis pelepasan yang boleh dituntut termasuk takaful, pembelajaran anak, rawatan, derma dan perbelanjaan peribadi apa yang boleh dituntut.
Video 4 – Perkara Yang Mesti Dielakkan Untuk Elak Risiko Dikenakan Audit
Kesilapan kebanyakkan yang banyak dilakukan oleh individu adalah mendedahkan pendapatan secara umum. Ini secara tidak langsung menjemput auditor untuk menyemak dan boleh menyebabkan anda dikenakan cukai atau dikenakan denda yang lebih tinggi. Anda akan ketahui bagaimana untuk mengelakkannya dengan cara yang betul dan selamat.
Video 5 – 6 Tips Tax Planning
Untuk memastikan anda tidak dikenakan jumlah cukai tinggi adalah dengan membuat perancangan awal. Perancangan dan persediaan yang baik membolehkan anda mengenalpasti perkara yang boleh mengurangkan cukai seperti relief dan rebat.
Video 6 & 7 – Pengiraan Cukai, Pendapatan Bisnes dan Lain-lain Pendapatan, Pelepasan dan Cukai Dikenakan
Ketahui bagaimana untuk mengira cukai dengan betul supaya anda tidak terbayar lebih dari 1 sen. Pada masa yang sama, pelepasan-pelepasan cukai yang dibenarkan untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Bonus Istimewa- Ebook Cukai & PKP
Anda juga akan mendapat satu lagi BONUS SPECIAL sempena PKP.
DAPATKAN EBOOK 101 RAHSIA PENJIMATAN CUKAI SEKARANG
Dapatkan ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai sekarang dengan harga serendah RM50 SAHAJA! Dengan harga serendah ini, anda akan dapat kedua-dua ebook dan set rakaman video si atas termasuk Ebook Cukai & PKP. Penjimatan yang bakal anda dapat adalah berlipat kali ganda lebih daripada harga ebook ini.
Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah.