JPN Kongsi Tips Menjaga Kad Pengenalan Daripada Cepat Rosak
Kad Pengenalan ini nampak sahaja seperti mudah dijaga, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara yang akan merosakkan kad pengenalan anda. Jangan ambil mudah ya! Jika rosak, anda kena buat kad pengenalan baharu segera kerana kad pengenalan adalah dokumen penting yang perlu ada bersama anda setiap masa terutama apabila anda berada di luar.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini kongsikan tips menjaga kad pengenalan dari mengalami kerosakan buat orang ramai. Jika kad pengenalan anda rosak, anda boleh buat Permohonan Gantian Kad Pengenalan Siap 30 Minit Di Pejabat JPN Terpilih Setiap Negeri Ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips menjaga kad pengalaman seperti yang dikongsikan oleh JPN.
Isi Kandungan
TIPS MENJAGA KAD PENGENALAN
Berikut adalah beberapa tips menjaga Kad Pengenalan seperti yang dikongsikan oleh JPN:
Jangan Bagi Kad Bengkok & Melengkong
Pastikan anda elakkan daripada risiko yang boleh menyebabkan kad pengenalan bengkok dan melengkong. Contoh risiko yang boleh menyebabkan keadaan ini adalah apabila anda duduk di atas kad pengenalan dan sebagainya.
Jangan Terdedah Pada Suhu Tinggi
Elakkan daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi seperti api dan sebagainya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan kad pengenalan terdedah di bawah sinaran cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
Jaga Cip
Elakkan daripada menjalankan aktiviti yang boleh merosakkan cip. Antara perkara yang boleh merosakkan cip di kad pengenalan adalah apabila berlaku geseran di permukaan yang kasar dan sebagainya.
Jangan Gores, Ketuk, Tebuk dan Gunting Kad Pengenalan
Jangan sesekali anda gores, ketuk, tebuk dan gunting kad pengenalan bagi memastikan kad pengenalan anda tidak rosak. Kegagalan pengesanan kad pengenalan mungkin berlaku sekiranya kad pengenalan anda rosak.
Elakkan Kad Pengenalan Daripada Terkena Air
Walaupun nampak macam air tidak memberi kesan kepada kad pengenalan, tetapi JPN menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan kad pengenalan daripada terkena air kerana kerosakan mungkin berlaku pada cip kad pengenalan.
Elakkan Daripada Terkena Bahan Kimia dan Asid
Pastikan anda elakkan kad pengenalan daripada terkena kimia dan asid. Kad pengenalan anda tidak akan dapat dikesan dan tidak sah lagi sekiranya rosak akibat terkena bahan kimia dan asid. Kad pengenalan adalah dibuat daripada material yang mudah rosak terutama jika terkena bahan seperti kimia dan asid.
Rujuk: Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang
Semoga bermanfaat!