Tips Kemaskini Permohonan Di MySPP Dengan Betul Untuk Mudah Dapat Pangilan Temuduga
Adakah anda berminat untuk bekerja dalam sektor pendidikan kerajaan? Ingin mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tetapi tidak tahu caranya?
Sebelum anda boleh memohon kerja dalam sektor perkhidmatan pendidikan, anda perlu mendaftar akaun baru MySPP sebagai pencari kerja mengikut tahap kelulusan anda. Pendaftaran Akaun MySPP boleh dibuat secara dalam talian dan ianya percuma.
Bagi anda yang sudah memohon tetapi masih belum berjaya atau tidak pernah mendapat sebarang panggilan temuduga, anda perlu tahu cara mengemas kini jawatan yang dipohon di MySPP dengan betul. Kesilapan dalam mengemas kini jawatan boleh menjadi punca permohonan anda tidak berjaya!
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui tips mengemas kini jawatan di MySPP dengan betul dan panduan untuk melakukannya.
Isi Kandungan
Tips Mengemas Kini Jawatan di MySPP
Berikut adalah beberapa tips untuk mengemas kini jawatan yang dipohon di MySPP agar anda lebih berpeluang mendapat panggilan temuduga:
1. Kerap Kemaskini Jawatan Dipohon
Pastikan anda kerap mengemas kini jawatan yang dimohon di laman MySPP. Jangan tunggu sehingga tempoh permohonan luput baru hendak mengemas kini. Contohnya, kemas kini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan untuk memastikan maklumat anda sentiasa terkini dan relevan.
2. Mohon Jawatan yang Ada Kekosongan
Pastikan anda memohon jawatan yang sedang ada kekosongan atau yang diiklankan oleh pihak SPP. Anda boleh menyemak iklan jawatan kosong yang ditawarkan di laman web rasmi SPP atau Facebook rasmi SPP:
3. Mohon Jawatan yang Sesuai dengan Kelayakan
Pastikan anda memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda sahaja. Misalnya, jika anda memiliki ijazah dalam pendidikan, mohon jawatan yang memerlukan kelayakan tersebut. Jika tidak, permohonan anda akan ditolak dalam proses tapisan awal.
4. Mohon Jawatan dengan Pengambilan Banyak Setiap Tahun
Memohon jawatan yang mempunyai banyak pengambilan setiap tahun juga dapat meningkatkan peluang anda. Anda boleh merujuk trend pelantikan jawatan yang dikeluarkan oleh pihak SPA/SPP untuk mengetahui jawatan apa yang sering diambil setiap tahun.
5. Pastikan Maklumat Lengkap & Disimpan
Pastikan semua maklumat diri yang diisi dalam MySPP adalah benar dan lengkap. Contohnya, maklumat akademik, pengalaman kerja, dan maklumat peribadi. Simpan setiap perubahan maklumat yang dibuat dengan menekan butang SIMPAN di laman pengisian maklumat.
6. Perakui Kemas Kini
Setelah memilih jawatan yang ingin dimohon atau mengemas kini maklumat, pastikan anda PERAKUI KEMAS KINI anda. Ini boleh dilakukan dengan menandakan kotak SETUJU dan klik HANTAR di akhir laman permohonan MySPP.
Bila dah hantar, kemaskini maklumat anda telah BERJAYA! Ingat, setiap kali nak kemaskini permohonan MySPP anda, pastikan anda ikut tips-tips yang dikongsikan di atas supaya permohonan anda mudah untuk berjaya.
Jangan pernah putus asa dalam membuat permohonan kerana jika ada rezeki anda, pasti anda akan dipanggil nanti! Elakkan daripada buat 6 Punca Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Semoga bermanfaat!