Nak Bawa Nota Semasa Temuduga? Ini Tips & Nota Yang Anda Boleh Bawa Semasa Temuduga
Membawa nota semasa temuduga sebenarnya boleh sekiranya bersesuaian dengan bentuk temuduga itu sendiri. Ia juga menunjukkan anda mempunyai beberapa persiapan untuk menghadapi temuduga anda. Tapi nak bawa nota biarlah berpada-pada. Jangan pula anda bawa nota untuk dibaca depan penemuduga nanti
Apakah nota yang sesuai dibawa ketika sesi temuduga nanti?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui nota yang sesuai dibawa semasa temuduga dan tips berguna untuk calon.
Isi Kandungan
NOTA YANG SESUAI DIBAWA SEMASA TEMUDUGA
Berikut adalah jenis nota yang boleh dibawa semasa temuduga nanti:
1. Senarai Soalan Kepada Penemuduga
Anda boleh membawa nota ketika temuduga sekiranya mengandungi soalan yang anda ingin tanyakan kepada penemuduga.
Anda mungkin juga boleh senaraikan soalan mengenai maklumat syarikat yang anda tidak temui ketika anda cuba dapatkan maklumat yang berkaitan sebelum temuduga. Ini menunjukkan anda seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk belajar mengenai pekerjaan dan syarikat yang bakal anda bekerja nanti.
2. Salinan Resume
Sediakan beberapa salinan resume untuk diberikan kepada penemuduga anda. Anda juga boleh mengambil nota ringkas mengenai perkara-perkara yang ingin anda ketengahkan atau bincangkan semasa temuduga anda.
Sentiasa merujuk kepada resume atau CV semasa temuduga juga dapat membantu anda untuk fokus pada kelayakan dan pengalaman yang relevan dengan deskripsi tugas dan kehendak bakal majikan.
3. Point Perbincangan
Gunakan nota sebagai point untuk anda membincangkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarikat sekiranya sesuai. Anda juga boleh jadikannya sebagai satu cara untuk menyenaraikan solusi bagi sesuatu masalah yang anda ketahui dan boleh dirujuk sekiranya ia dibangkitkan oleh penemuduga.
Nota jenis ini sangat bermanfaat kerana menunjukkan bukan sahaja anda telah melakukan penyelidikan tetapi turut mengambil inisiatif untuk mengenal pasti cara-cara yang dapat membantu syarikat. Ini menunjukkan semangat dan persiapan anda untuk bekerja di syarikat tersebut.
4. Senarai Soalan Mengenai Pekerjaan
Ia juga sangat bermanfaat untuk membawa senarai soalan yang ingin anda tanyakan kepada penemuduga. Anda mungkin ditanya jika anda mempunyai pertanyaan untuk penemuduga dan merujuk kepada senarai perkara yang anda ingin ketahui mengenai syarikat itu serta maklumat tambahan mengenai pekerjaan tersebut.
5. Catat Maklumat Atau Soalan
Anda boleh mencatat maklumat yang diberikan oleh penemuduga serta soalan yang dikemukakan agar anda lebih fokus dengan kehendak penemuduga.
Anda juga boleh menyemak semula maklumat yang diberikan oleh penemuduga sama atau tidak dengan maklumat yang anda dapati sebelum sesi temuduga. Ia akan menunjukkan anda adalah seorang yang teliti dan serius dengan tugasan anda terutamanya yang melibatkan fakta.
DOKUMEN LAIN YANG PERLU DIBAWA SELAIN NOTA
Selain daripada nota senarai soalan, resume dan seperti yang diatas, anda juga boleh membawa :
- Pen Dan Buku Catatan : Untuk menulis maklumat dan soalan yang dikemukakan oleh penemuduga kepada anda. Sangat sesuai sekiranya anda memohon pekerjaan berkaitan pentadbiran.
- Portofolio Kerja : Ia bertujuan sebagai menunjukkan bukti mengenai kemahiran dan pengalaman kerja anda pada masa yang lalu. Ia menunjukkan anda seorang yang bermotivasi tinggi san bersemangat untuk berkongsi pencapaian anda dengan syarikat baru.
- Senarai Rujukan Profesional : Jika anda tidak memasukkan senarai rujukan ke daalam resume anda, anda boleh membawa senarai rujukan dan ia merupakan satu persediaan sekiranya penemuduga meminta anda memberikan senarai rujukan kepada mereka.
- Kad perniagaan / Business Card : Tahap profesional anda akan lebih terserlah apabila anda memberikan kad perniagaan anda kepada penemuduga sebelum atau selepas temuduga.
Jadi, boleh sahaja sekiranya anda ingin membawa nota bersama anda sekiranya anda menghadapi temuduga. Ini kerana ia mempunyai fungsi dan beberapa kebaikan yang memberi manfaat kepada anda.
Semoga bermanfaat!