Cara Tingkatkan Jualan Shopee Menggunakan Followers, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu
Shopee ini lebih kurang sama sahaja macam ebay, lelong dan juga lazada. Ianya sebuah website marketplace, iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang. Bahasa mudahnya, Shopee ini adalah sebuah PASAR tetapi secara online.
Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan jual barang di Shopee ini. Tetapi tidak semua penjual tahu strategi sebenar untuk tarik pelanggan beli dengan kita. Maklumlah, satu jenis barang yang kita jual, ada berpuluh lagi penjual lain jual.
Tahu tak antara salah satu senjata rahsia penjual yang berjaya adalah dengan jumlah followers penjual.
Baca perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana followers digunakan sebagai senjata dalam meningkatkan jualan di Shopee.
Isi Kandungan
BAGAIMANA JUMLAH FOLLOWER MEMBANTU TINGKATKAN JUALAN?
Bakal Pelanggan Menaruh Kepercayaan Tinggi
Mempunyai jumlah followers kedai di Shopee seolah memberi signal kepada bakal pembeli bahawa kedai Shopee tersebut dipercayai dan mempunyai ramai pelanggan. Kepercayaan inilah yang akan membantu seller untuk meningkatkan jualan tanpa susah payah melakukan iklan langsung.
Bakal pelanggan akan lebih percayakan kedai yang mempunyai followers yang ramai berbanding kedai Shopee yang cuma ada beberapa kerat followers. Samada sedar atau tidak, ada di antara pembeli akan melihat kriteria ini sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Selain daripada melihat kepada jumlah followers yang ramai, pembeli juga akan lihat pada jumlah produk yang telah terjual, selain masa atau tempoh yang diperlukan untuk menghantar barang yang dipesan.
Pengikut Akan Terima Update Baru Daripada Kita
Dalam Shopee, ada ruangan feed. Feed ini adalah khas dan khusus untuk kegunaan para followers kedai terbabit. Setiap kali kedai atau seller kemaskini berkaitan produk yang mereka jual di Shopee, ruangan feed ini akan dikemaskini secara automatik untuk pengetahuan para followers.
Kemaskini boleh dibuat samada melakukan perubahan harga produk, deskripsi produk atau apa jua berkaitan produk yang dijual. Semua maklumat ini akan muncul di ruangan feed para pengikut.
Kurangkan Persaingan
Tahukah anda, bagi seorang penjual yang baharu nak berjinak berniaga di Shopee, salah satu langkah awal sebelum menjual ialah dengan mengenal-pasti persaingan yang ada. Ia langkah paling penting apatah lagi kalau mahu menjual produk yang serupa atau dalam niche yang sama.
Selain daripada harga ditawarkan, penjual baharu akan melihat kepada jumlah followers yang dimiliki oleh pesaing yang telah ada di Shopee. Pastinya mereka akan berasa gusar bila dapat tahu dan kenalpasti yang pesaing mereka (iaitu anda) mempunyai jumlah followers yang ramai.
Pada hemat fikiran mereka, tentu susah mahu bersaing menjual produk yang serupa. Jadi, mereka akan beralih untuk menjual produk yang lain, melainkan mereka dapat menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada pesaing tersebut.
Pun begitu, sebagai seller yang dah ada ramai followers, kelebihan masih menyebelahi kedai anda.
RAHSIA JANA 4 ANGKA DALAM SEMINGGU BERNIAGA DI SHOPEE
Nak tahu cara jana 4 angka dalam masa seminggu hanya dengan berniaga di Shopee? Seorang peniaga yang bernama Mohd Fahmi mengongsikan pengalaman beliau dalam berniaga di Shopee.
Beliau telah menceritakan segala rahsia beliau mendapat pendapatan sehingga 4 angka dalam masa seminggu. Tidak percaya? Lihat jualan yang dikongsikan oleh beliau ini.
Ini pula jualan keseluruhan beliau sepanjang di Shopee!
Banyak pengalaman yang beliau tempuhi untuk berjaya dalam peniagaan di Shopee ini. Peniaga ini telah kongsikan segala rahsia sebenar secara terperinci di ebook keluarannya iaitu BISNES SHOPEE.
PANDUAN BUAT BISNES SHOPEE
Dalam panduan ini, beliau sudah tulis dan tunjukkan siap-siap langkah demi langkah dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang itu kepada pembeli.
Sangat sesuai untuk yang mahu mula berniaga di Shopee atau pun yang sedang berniaga di Shopee tetapi dengan teknik yang salah.
APA ADA DALAM PANDUAN SHOPEE INI?
Antara perkara yang terkandung dalam ebook ini adalah:
- Cara mendaftar dan set kedai anda. Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer, ebook tunjukkan cara kedua-duanya.
- Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda. Dalam bab ini, penulis share tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
- Cara nak menguruskan order. Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tiba-tiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya diterangkan dalam bab mengurus order.
- 6 Langkah Settle Problem Barang Tak Sampai/ Rosak. Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan. Jadi, disini penulis share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda.
- 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda.
- Anda masih tiada produk untuk dijual? Ebook ini juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda “usha” untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee.
- Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga dikongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee.
- Apa yang lebih menarik, penulis kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini. Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee.
- Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA penulis bagaimana beliau mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee beliau dalam masa yang singkat. Teknik ni advance sikit! Anda tidak akan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain.
3 BUAH PANDUAN SHOPEE BONUS SPECIAL
Jika anda dapatkan ebook Bisnes Shopee ini, anda akan dapat lagi 3 buah ebook bonus special secara percuma!
Bonus 1: Jual Produk Tanpa Pesaing
Dalam ebook bonus ini penulis berkongsikan teknik, bagaimana untuk membuat kajian tentang produk yang mempunyai permintaan tinggi tetapi kurang pesaing.
Dua perkara ini sangat penting!
Antara sebab jualan anda akan menjadi sendu adalah disebabkan kurangnya permintaan produk di dalam pasaran atau, disebabkan terdapat terlalu ramai pesaing. Jadi adalah amat penting untuk anda dapatkan produk yang tepat untuk berniaga di Shopee.
Bonus 2: 7 Cara Promosi Secara Percuma
Di dalam ebook utama, penulis sudah kongsikan 4 cara promosi . Namun dalam ebook bonus ini dikongsikan lagi 7 cara promosi yang boleh anda lakukan untuk promosikan lagi kedai dan produk anda di Shopee
Kesemua 7 cara yang ditunjukkan ini adalah kaedah promosi percuma tetapi ianya tetap berkesan. Sehingga hari ini penulis masih lagi menggunakan 7 kaedah promosi ini.
Bonus 3: Study Case. 2 Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee
Dalam ebook ini pula penulis tunjukkan secara real, bagaimana beliau cari pembekal, setup kedai, masukkan barang hinggalah kepada mengurus order pelanggan dan pastikan barang tersebut sampai ke tangan pelanggan
Bukan 1 study case! Tapi 2…. Kedua-duanya tidak memerlukan beliau mengeluarkan modal yang besar dan tanpa perlu menyimpan stok untuk bermula.
EXTRA BONUS! -FB GROUP SUPPORT
Tidak cukup dengan 3 ebook Bonus yang power diatas! Penulis juga turut menyediakan sebuah Facebook Group khas untuk anda yang mendapatkan ebook ini pada hari ini
Dalam group ini, anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Bisnes Shopee ini. Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembaca-pembaca ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini.
Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan ditinggalkan terkapai-kapai berseorangan setelah anda mendapatkan ebook ini.
DAPATKAN SEKARANG!
Harga yang ditawarkan bagi satu set lengkap yang mengandungi ebook Bisnes Shopee, 3 Bonus Special dan 1 Extra Bonus hanyalah RM100 SAHAJA! Harga ini sangat murah dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan hasil yang bakal anda dapat. Dijamin pembelian ini tidak akan merugikan anda. Pulangan yang bakal anda terima adalah luar biasa.
Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah.