Permohonan Ke Tingkatan 6 SMK Agama (SMKA) & Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) KPM Dibuka

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pendidikan Islam kini membuka tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 dalam aliran Tahfiz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ambilan tahun 2022. Lepasan SPM yang berminat nak teruskan pengajian dalam bidang ini boleh mohon segera!

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online sehingga 23 Jun 2022. Penempatan tingkatan 6 adalah di sekolah pelbagai negeri yang ditawarkan. Pemohon mestilah bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan cara mohon.

TARIKH PERMOHONAN

Tawaran kemasukan tingkatan 6 aliran Tahfiz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ambilan tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Jun – 23 Jun 2022

PUSAT TEMUDUGA & PUSAT TINGKATAN 6 TAHFIZ

Calon diberi pilihan untuk mohon penempatan pusat temuduga dan pusat tingkatan 6 tahfiz  berikut:

  • SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
  • SMK Agama Kedah, Kedah
  • SMK Agama Maahad Muar, Johor
  • SMK Agama Kerian, Perak
  • SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
  • SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan
  • SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
  • SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab, Sarawak
  • Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman

SYARAT PERMOHONAN

Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut:

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
  • Murid yang memperolehi kepujian atau sekurangnya-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahj al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan
  • Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al-Lughah al-‘Arabiah al Mu’asirah/ Al- Adab wa al-Baladhah/ Turath Bahasa Arab dan
  • Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz
  • Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester

CARA MOHON

Calon lepasan SPM yang berminat nak sambung pengajian tingkatan 6 dalam aliran Tahfiz di  SMKA atau SABK boleh buat permohonan secara online dengan mengisi borang permohonan berikut:

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temuduga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri melalui laman sesawangan Jabatan Pendidikan Negeri yang dimohon.

Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 14 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma