4 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung, ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara). Buat masa ini, had umur adalah 18 tahun ke atas.

Orang ramai yang layak adalah digalakkan untuk daftar vaksinasi Covid-19 melalui kaedah-kaedah yang dicadangkan. Rujuk 5 kaedah pendaftaran vaksinasi Covid-19.

TEMPOH SUNTIKAN

Bagi vaksin yang memerlukan dua dos, setiap individu akan mendapat vaksin dari jenis yang sama dan tempoh masa menerima vaksin kedua adalah bergantung kepada jenis vaksin. Sebagai contoh selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah:

  • vaksin Pfizer & Sputnik V – 21 hari;
  • vaksin AstraZeneca – 28 hari; dan
  • vaksin Sinovac – 14 hari.

Vaksin akan diedarkan secara berperingkat ke seluruh negara bergantung kepada bekalan daripada pengeluar.

TINDAKAN SELEPAS TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

Langkah 1

Pastikan anda berada di ruang pemerhatian yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit. Ini adalah supaya anda dapat berehat sebentar dan tunggu tindak balas vaksin dalam badan anda.

Langkah 2

Memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami:

  • Kesukaran bernafas
  • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
  • Denguytan jantung yang sangat cepat
  • Ruam teruk timbul di seluruh badan
  • Merasa pening dan lemah tubuh badan

Langkah 3

Walaupun anda telah terima suntikan vaksin, jangan merasa terlalu bebas. Anda tetap perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit Covid-19 dalam memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

Langkah 4

Pastikan anda simpan kad vaksinasi yang diberikan oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberikan kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin Covid-19.

https://edubestari.com/pendaftaran-vaksinasi-covid19/ https://edubestari.com/pendaftaran-vaksinasi-covid19/

Individu akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang serius. Tetapi individu tersebut masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W dan elakkan 3C.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma