Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan JPJ Di Pejabat POS. Lebih Cepat, Tak Perlu Beratur Panjang
Berikutan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, POS Malaysia akan menyambung semula semua urusniaga JPJ di pejabat pos mulai 9 Ogos 2021 secara janji temu (atas talian) bagi mengelakkan kesesakan semasa pandemik ini.
Pelanggan boleh membuat janjitemu secara atas talian melalui laman web disediakan atau aplikasi mudah alih mulai 8 Ogos 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan temujanji pejabat POS untuk urusan JPJ.
Isi Kandungan
URUSAN DI PEJABAT POS
Setiap orang pelanggan hanya dibenarkan menempah satu (1) slot temujanji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urusniaga setiap janjitemu.
Para pelanggan diminta untuk mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis pejabat pos. Elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19.
Baca juga: Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Di JPJ
CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE
Individu yang ingin buat pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu di pejabat pos boleh buat temujanji online dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia
- Pilih menu janji temu secara dalam talian melalui Outlet Finder
- Pilih Negeri > Cawangan pejabat Pos> Klik pada pautan yang disediakan
- Isikan butiran temujanji di ruangan yang disediakan
- Simpan slip temujanji/ screenshot untuk dibawa ketika waktu temujanji
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi pihak POS Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.