Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Di JPJ Mulai 1 Julai 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Ali pada 29 Jun 2021 berhubung pembukaan dan pengoperasian semula perkhidmatan kaunter kerajaan ketika tempoh Fasa Pertama PKP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebagaimana yang dinyatakan, keputusan ini dibuat setelah meneliti keperluan pembukaan perkhidmatan kaunter kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam. Dimaklumkan semua agensi di bawah MOT termasuk Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) akan dibuka mulai 1 Julai 2021.

Orang ramai yang ingin beroperasi di kaunter JPJ diminta untuk buat janji temu janji secara online sebelum hadir ke cawangan JPJ.

PERKHIDMATAN KAUNTER YANG BEROPERASI

Perkhidmatan kaunter agensi-agensi di bawah MOT dibuka mulai 1 Julai 2021 bersandarkan kepada ketetapan berikut:

  • Urusan yang diberikan adalah semua urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian
  • Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%
  • Semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk in tidak dibenarkan

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

JPJ akan membuka semua perkhidmatan kaunter untuk transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 Julai KECUALI mana-mana perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ yang menawarkan perkhidmatan jabatan.

Semua urusan di seluruh negara (Semenanjung, Sabah, Sarawak & WP Labuan) ini adalah secara temu janji berjadual dan walk in tidak dibenarkan. Manakala Kiosk pula akan beroperasi seperti biasa.

Terdapat 38 transaksi dalam talian melalui portal awam mySIKAP. Namun 11 transaksi berikut memerlukan kaedah pendaftaran melalui pengesahan biometrik (sekali daftar) bagi meneruskan transaksi melalui portal awam mySIKAP.

PENGOPERASIAN KAUNTER JPJ

Berikut adalah maklumat pengoperasian kaunter JPJ mengikut negeri:

Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Di JPJ Mulai 1 Julai 2021 Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusan Di JPJ Mulai 1 Julai 2021

CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE JPJ

  1. Pilih pautan temujanji online mengikut negeri masing-masing
  2. Isikan butiran diri sehingga lengkap
  3. Isikan maklumat yang diperlukan
  4. Pilih tarikh dan masa temujanji
  5. Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter

Berikut adalah pautan temujanji online JPJ mengikut negeri:

Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO KAD PENGENALAN mengikut dokumen pengenalan diri akan dibatalkan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sistem dalam talian boleh hubungi talian mengikut cawangan masing-masing di bawah untuk buat tempahan temujanji JPJ:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma