Cara Buat Temujanji Klinik Kerajaan Melalui Aplikasi MySejahtera
Ramai taktahu aplikasi MySejahtera ada menyediakan kemudahan untuk orang ramai buat tempahan temujanji bagi berurusan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Ada beberapa jenis perkhidmatan dekat klinik kerajaan memerlukan anda buat tempahan dulu. Contohnya perkhidmatan klinik seperti saringan perkahwinan, pendaftaran baru kehamilan, klinik pergigian dan sebagainya.
Nak mudah, guna sahaja aplikasi MySejahtera yang dah ada di telefon pintar anda tu! Tak susah pun nak buat janji temu melalui MySejahtera!
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan buat janji temu klinik kerajaan di MySejahtera.
Isi Kandungan
TUJUAN TEMUJANJI
Orang ramai boleh buat temujanji untuk urusan seperti berikut:
- Kes ringan
- Saringan pra-perkahwinan
- Procedure
- Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-Up)
- Klinik Pergigian
PANDUAN BUAT TEMUJANJI KLINIK KERAJAAN MELALUI MYSEJAHTERA
Berikut adalah panduan buat temujanji Klinik Kerajaan melalui aplikasi MySejahtera:
- Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda
- Klik Digital Health/ Kesihatan Digital
- Klik Clinic Appointment Booking / Tempahan temujanji Klinik
- Temujanji klinik boleh dibuat melalui mana-mana pilihan yang disediakan. Contohnya klik QueueMed
- Klik pada Carian
- Buat pilihan lokasi sesuai dengan lokasi anda
- Pilih Klinik Kesihatan Berdekatan anda
- Klik BOOK NOW pada pilihan Klinik Kesihatan berdekatan anda
- Klik BOOK NOW pada jenis rawatan yang anda ingin dapatkan
- Pilih tarikh janji temu anda
- Klik PROCEED
Siap! Pastikan anda simpan slip temujanji dan hadir ke klinik kesihatan 30 minit lebih awal daripada masa temujanji dibuat. Anda dinasihatkan untuk buat tempahan lebih awal dari tarikh yang anda mahu kerana selalunya slot mudah penuh.
Pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan semasa hadir untuk mendapatkan rawatan di klinik kerajaan bagi membantu negara mengekang penularan wabak Covid-19.
Semoga bermanfaat!